CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17315|Reply: 0

[Sabah] PPM Tawau tumpas seludup diesel bernilai RM647,850

[Copy link]
Post time 31-1-2026 11:17 AM | Show all posts |Read mode


RAMPAS: Kapal kargo berserta minyak diesel berkenaan dirampas untuk siasatan lanjut.

TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup minyak diesel bernilai RM647,850 dalam satu operasi rondaan di perairan Sungai Selipar, Pulau Sebatik, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.21 petang itu, sebuah kapal kargo bunga sawit yang bergerak dari Pulau Sebatik ke Nunukan, Indonesia ditahan untuk pemeriksaan.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Amri Abdul Rahman berkata, kapal berkenaan dijuragani seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun.

“Hasil pemeriksaan mendapati kapal itu membawa 11,600 liter minyak diesel yang disimpan dalam tiga tangki minyak berlainan kapasiti serta tiga tong drum biru.

“Bagaimanapun, juragan gagal mengemukakan sebarang dokumen sah daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan minyak diesel itu dipercayai untuk diseludup ke negara jiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kapal dan minyak diesel terbabit dirampas untuk siasatan lanjut mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Ahmad Amri berkata, PPM Wilayah 4 Sabah akan terus memperketat rondaan dan penguatkuasaan bagi membanteras kegiatan penyeludupan serta penyelewengan bahan api bersubsidi.

“Tindakan tegas ini adalah komitmen berterusan PPM demi kepentingan negara dan keselamatan perairan Sabah,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.046341 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list