CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 18291|Reply: 2

BMW dipandu ahli perniagaan Bangladesh disita JPJ

[Copy link]
Post time 29-1-2026 04:18 PM | Show all posts |Read mode





Melaka: Kereta mewah jenis BMW dipandu seorang ahli perniagaan warga Bangladesh tanpa cukai jalan dan perlindungan insurans sah disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka dalam Ops Luxury, di sini.

Pengarah JPJ Melaka Siti Zarina Mohd Yusop berkata, kenderaan lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan di Bukit Rambai pada 20 Januari lalu.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati lelaki terbabit memiliki lesen memandu yang sah, namun Lesen Kenderaan Bermotor (LKM) serta perlindungan insurans kenderaan berkenaan sudah tamat tempoh.

"Sitaan dibuat mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Kenderaan mewah itu merupakan antara 85 kenderaan yang diambil tindakan hasil pemeriksaan ke atas 579 kenderaan sepanjang operasi dijalankan," katanya selepas Operasi Bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Paya Rumput, di sini, malam tadi.

Beliau berkata, Ops Luxury yang dilaksanakan bermula 1 Januari tahun lalu hingga 27 Januari lalu menyaksikan sebanyak 17 kenderaan mewah disita.

Menurutnya, kenderaan jenis Mercedes-Benz merekodkan jumlah sitaan tertinggi iaitu sebanyak 20 buah, diikuti Toyota Vellfire (16), Toyota Alphard (10), BMW (12) serta lain-lain kenderaan mewah.

Katanya, kesalahan tertinggi direkodkan ialah LKM dan perlindungan insurans tamat tempoh iaitu 76 kes, diikuti LKM tamat tempoh tetapi masih mempunyai perlindungan insurans (lima kes), pemandu warga asing (PEWA) memandu tanpa lesen memandu kompeten (CDL) sebanyak tiga kes dan satu kes mempamer nombor pendaftaran kenderaan lain.

"Kesalahan LKM tamat tempoh dan ketiadaan perlindungan insurans merupakan kesalahan paling kerap dikesan sepanjang Ops Luxury dijalankan.

"Ia menunjukkan masih ramai pemilik kenderaan mewah mengabaikan keperluan undang-undang berkaitan pendaftaran dan perlindungan insurans," tegasnya.

Dalam operasi sama, JPJ turut menahan dan menyita sebuah kenderaan yang dipandu warga Bangladesh tanpa lesen memandu sah.

"Tindakan sitaan boleh dibuat mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi tujuan mengenal pasti identiti pemandu, identiti kenderaan atau untuk memberhentikan kesalahan daripada berterusan.




Sumber : Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2026 04:50 PM | Show all posts
Sita while on the road atau tengah parking?
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2026 07:49 PM | Show all posts
Edited by TOPwind at 29-1-2026 07:51 PM

Bangla atau Keling Pariah

walaupun tahap billionAngin

tetap nampak SengkeK.

Pakailah kereta apa pun tetap nampak LOW Class.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
akku
kukuku89akku
Views : 505 Replies : 0
PANAS!!!Adik Ipar  Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Burong_HantukPANAS!!!Adik Ipar Datuk Seri Mohamed Na
Views : 77023 Replies : 214
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28366 Replies : 128
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54759 Replies : 1063
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16190 Replies : 135
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277068 Replies : 1516
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13963 Replies : 16
Selamatkan guru elak terjerat hutang dan bankrap
langkahkaki4525Selamatkan guru elak terjerat hutang dan
Views : 15389 Replies : 6
akku
kukku1234akku
Views : 8082 Replies : 0
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18168 Replies : 17

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 03:33 AM GMT+8 , Processed in 0.245504 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list