CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13054|Reply: 0

Ramai rakyat Malaysia pilih bekerja selepas umur persaraan - Kajian

[Copy link]
Post time 29-1-2026 03:58 PM | Show all posts |Read mode





Kuala Lumpur: Landskap persaraan di Malaysia kini semakin berbeza dengan majoriti rakyat memilih atau terpaksa terus bekerja melepasi umur persaraan rasmi, menurut dapatan terbaharu Kaji Selidik Persaraan Serantau Sun Life.

Kaji selidik bertajuk Retirement Reimagined: Asia's Retirement Divide mendapati 64 peratus responden di Malaysia menjangkakan akan terus bekerja atau sudah bekerja selepas umur persaraan.

Ini sekali gus mencerminkan jurang yang semakin ketara antara mereka yang bersedia dari segi kewangan dan mereka yang masih bergelut untuk mencapai keselamatan kewangan.

Presiden dan Ketua Negara Sun Life Malaysia, Ho Teck Seng berkata, persaraan hari ini bukan lagi satu penanda masa yang tetap.

"Kami melihat jurang yang semakin melebar antara mereka yang bekerja untuk memenuhi aspirasi peribadi dan mereka yang bekerja kerana terpaksa.

"Tekanan ini paling dirasai oleh generasi 'sandwich' yang menanggung keperluan ibu bapa serta anak-anak serentak dan Sun Life percaya keselamatan kewangan tidak boleh dibiarkan kepada istilah 'kebetulan'," katanya menerusi kenyataan.

Menurut laporan itu, keperluan pendapatan kekal menjadi faktor utama dengan 63 peratus responden menyatakan mereka terus bekerja bagi menampung kos sara hidup dan memastikan kestabilan kewangan jangka panjang.

Bagaimanapun, sebahagian besar turut memilih untuk kekal bekerja atas faktor bukan kewangan seperti mencari makna dan kepuasan hidup (53 peratus), rangsangan mental (53 peratus) serta mengekalkan hubungan sosial (52 peratus).

Menariknya, hampir lapan daripada 10 responden (79 peratus) berpendapat persaraan seharusnya menjadi satu pilihan peribadi, bukan ditentukan semata-mata oleh had umur, sejajar dengan realiti Malaysia yang sedang bergerak pantas ke arah masyarakat menua.

Kaji selidik itu turut mengenal pasti dua laluan persaraan utama di Asia iaitu kumpulan 'Gold Star Planners' yang bersedia dari segi kewangan dan mempunyai kebebasan memilih bila serta bagaimana mereka mahu bersara serta 'Stalled Starters' yang menangguhkan persaraan kerana kekangan kewangan.

Bagi 'Gold Star Planners', bekerja lebih lama adalah satu pilihan yang didorong oleh kesejahteraan dan tujuan hidup di mana 68 peratus menyatakan faktor ini sebagai pendorong utama.

Sebaliknya, dalam kalangan 'Stalled Starters', keperluan kewangan menjadi sebab dominan apabila 67 peratus mengakui mereka menangguhkan persaraan kerana perlu menyimpan lebih banyak wang.

Dalam masa sama, penggunaan kecerdasan buatan generatif (GenAI) sebagai sumber maklumat kewangan turut meningkat ketara, hampir dua kali ganda daripada 10 peratus kepada 21 peratus.

Trend ini mencetuskan kebimbangan terhadap perancangan persaraan kendiri tanpa bimbingan profesional, apabila kebergantungan kepada bank dan penasihat kewangan bebas dilihat menurun berbanding tahun lalu.

Dari sudut sentimen, keselamatan kewangan kekal sebagai faktor utama yang menentukan optimisme terhadap persaraan.

Selain itu, hampir separuh responden yang menantikan kehidupan persaraan menyatakan kestabilan kewangan sebagai sebab utama, manakala lebih separuh yang pesimis mengaitkannya dengan kebimbangan kekurangan wang dan ketidakmampuan menyokong keluarga.

Laporan itu juga mendedahkan perancangan persaraan dalam kalangan rakyat Asia masih singkat, apabila 30 peratus tidak membuat sebarang perancangan awal, manakala hanya 15 peratus benar-benar yakin dengan pelan persaraan masing-masing.

Tekanan tambahan sebagai generasi 'sandwich' turut menyebabkan sebahagian rakyat mengecilkan gaya hidup atau menangguhkan persaraan.

Selain faktor kewangan, tahap kesihatan juga didapati mempengaruhi pandangan terhadap persaraan.

Responden yang sihat secara fizikal dan mental cenderung lebih optimis, manakala masalah kesihatan menjadi antara sebab utama persaraan awal dalam kalangan sebahagian responden.


Sumber : Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 11:12 AM GMT+8 , Processed in 0.629070 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list