CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 24492|Reply: 0

Baru dua bulan kahwin, pelawak fail cerai terhadap suami

[Copy link]
Post time 28-1-2026 09:53 PM | Show all posts |Read mode





BARU dua bulan mendirikan rumah tangga, pelawak Boiyen secara rasmi memfailkan cerai terhadap suaminya, Rully Anggi Akbar.


Boiyen atau nama sebenarnya Yeni Rahmawati, 39, mengemukakan tuntutan cerai itu di Mahkamah Agama Tigaraksa, Tangerang, Jawa Barat, Indonesia.


Jurucakap Mahkamah Agama Tigaraksa, Moh. Sholahuddin mengesahkan permohonan cerai tersebut telah didaftarkan pada 20 Januari lalu.


“Permohonan cerai didaftarkan atas nama YR (Yeni Rahmawati) terhadap RAK (Rully Anggi Akbar),” katanya.


Menurut Sholahuddin, prosiding pertama telah berlangsung pada Selasa namun pihak mahkamah tidak dapat mendedahkan butiran lanjut berkaitan kes berkenaan.


“Perkara itu di bawah bidang kuasa majlis hakim. Kami tidak boleh mengulas lanjut termasuk punca perceraian atau kehadiran pihak-pihak terlibat,” jelasnya.


Menurut laporan media tempatan prosiding kes akan diteruskan dan sidang seterusnya dijadualkan berlangsung pada Selasa, 3 Februari depan.


Rumah tangga Boiyem sebelum ini menjadi sebutan ramai susulan isu melibatkan suaminya yang didakwa terlibat penipuan dana perniagaan miliknya.


Untuk rekod, Boiyen dan Rully berkahwin pada 15 November tahun lalu.







Sumber – mStar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 11:12 AM GMT+8 , Processed in 0.058380 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list