CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22615|Reply: 9

Penguat kuasa berasa amanah terlalu berat, gagal tahan godaan diminta undur diri - Anwar Ibrahim

[Copy link]
Post time 28-1-2026 09:38 PM | Show all posts |Read mode





Kuala Lumpur: Pegawai penguat kuasa yang berasakan amanah yang dipikul terlalu berat dan gagal menahan godaan ketika berkhidmat diminta untuk undur diri dan memberi laluan untuk individu lain yang lebih berani untuk memikul tanggungjawab berkenaan.


Perkara itu ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menyuarakan amaran keras supaya kelompongan serta kelemahan dalam agensi penguatkuasaan negara diperbetulkan segera.


Tegasnya, terdapat individu lain yang lebih bersedia, berani dan berintegriti untuk memikul tanggungjawab itu, sekiranya ada yang gagal untuk membuat keputusan yang berisiko.


"Semasa menyampaikan amanat kepada pasukan penguat kuasa negara, saya sekali lagi memberikan amaran dan teguran keras agar segala kelompongan serta kelemahan yang mencemar integriti penguatkuasaan diperbetulkan tanpa berlengah.


"Sekiranya amanah yang dipikul dirasakan terlalu berat, atau godaan serta tekanan luar menimbulkan keraguan untuk bertindak tegas dan berprinsip, maka berterus teranglah dan berilah laluan kepada individu lain yang lebih bersedia, berani dan berintegriti untuk memikul tanggungjawab ini.


"Harus diingat, jawatan yang disandang bukan perhiasan atau keistimewaan, sebaliknya amanah besar yang menuntut keberanian membuat keputusan yang benar, walaupun tidak popular dan sarat dengan risiko," katanya dalam satu kenyataan di media sosial, di sini hari ini.


Perdana Menteri menegaskan, perbuatan menyeludup, rasuah serta kegiatan gelap yang dilindungi oleh penguat kuasa adalah satu pengkhianatan kepada negara dan setiap agensi penguat kuasa perlu melakukan pembaharuan dan perubahan untuk membendung jenayah itu.


"Jika ia berlaku dengan kelonggaran atau perlindungan oleh mereka yang diamanahkan untuk menguatkuasakan undang-undang, ia adalah pengkhianatan terhadap negara dan rakyat.


"Saya juga menegaskan bahawa tiada lagi ruang untuk sikap sambil lewa, kompromi murahan atau tolak ansur terhadap sebarang bentuk pengkhianatan amanah. Tindakan tegas mesti diambil tanpa memilih bulu," katanya.


Katanya, rakyat hari ini menuntut pembaharuan yang nyata, bukan retorik kosong.


"Justeru, setiap agensi penguatkuasaan wajib membuktikan perubahan melalui tindakan, disiplin dan ketelusan, serta bekerja sebagai satu pasukan demi memulihkan maruah institusi, bangsa dan negara," katanya.


Sumber – Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2026 10:11 PM | Show all posts
Yeaaa, PMX makin garang.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2026 11:34 PM | Show all posts
isu kuil tak berbunyik pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2026 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
isu berkaitan tentera siapa dan pihak mana yg bongkarkan?... walanon2 pasti akan mainkan naratif "tengok la zaman madani ni korupsi dlm tentera dibanteras"
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2026 01:34 AM | Show all posts
tadi masa tengok berita, waktu pm cakap benda ni, kadang2 kamera zoom dekat muka-muka pegawai tu. memang ada yang tak senang duduk, panas bontot. ada sorang dua dok curi-curi pandang member jauh.. iols macam.. oohhh.. gotcha
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2026 05:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Patut buat agensi baru..
Agensi perangkap rasuah

Upahlah gadis yeye goda askar cmni..klu Kantul terus buang aja..upah juga pegawai palsu rasuah juta2 kat pegawai tentera..klu masuk perangkap londehkan sampai abis
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2026 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila pemerintah all out macam ni seharusnya seluruh rakyat support. Tak perlu kot di sini pun nak ratib walaun walanon lagi. Bitter sangat kenapa.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2026 08:15 AM | Show all posts
masih lagi x tau mana salvador dapat duit beli share juta2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2026 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Letakkan limit tempoh berapa lama orang tu boleh bertugas di bahagian penguatkuasa. Contohnya selepas 2 tahun wajib ditukar ke post lain.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2026 08:38 AM | Show all posts
Edited by A-Are at 29-1-2026 12:52 AM

Rasuah memang wajib diperangi..benda ni yang menjatuhkan negara..bangsa dan agama..dari sekecik2 rasuah sampai ke besar...rasuah ni byk jenis, walaupun ramai xsetuju, utk iols even dekat sekolah hari guru, hadiah budak2 bg tu pon iols nk declare rasuah..sbb apa, jgn tipulah ckp xterdetik utk cikgu bg layanan special sikit kat bebudak anak org kaya...bukan sekolah je tadika pon gitu..anak yg parent rajin sedekah bg hadiah mmg extra special treatment...please la lebihkan kursus2 rasuah ni kat semua agensi..dekat ofis iols pon salesman company masuk tender kemain lah baik memasing..laju je reply whatsapp ke email, bila xbg tender terus hilang dr radar..semuanya berkepentingan..nampak na servis x konsisten..rasuah boleh jd hadiah boleh jd extra treatment boleh jd dalam pelbagai bentuk yg kita terlepas pandang...sbb certain org mgkn igt rasuah tu duit atau amaount yg byk, tp ada je rasuah dr segi bg hamper tp dekat certain pegawai sajer, ataupun tiba2 salesman jd kawan baik siap dtg beraya kat rumah bg duit raya kat anak2 dgn jumlah yg byk..sekian bebelan iols yg antirasuah hihhi..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 11:12 AM GMT+8 , Processed in 0.271559 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list