CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10239|Reply: 0

[Sarawak] Keputusan pemilikan O&G diserah kepada mahkamah

[Copy link]
Post time 28-1-2026 11:06 AM | Show all posts |Read mode
Premier ulas kenyataan Azalina MA63 tiada peruntukan mengenai pemilikan, pengawalseliaan sumber minyak, gas



Abang Johari semasa mengadakan lawatan ke pameran berkaitan angkasa lepas sempena APACE 2026 di Kuching, hari ini. - Gambar Roystein Emmor

“Tunggulah mahkamah. Tunggu mahkamah.”

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg
Premier Sarawak

KUCHING: Segala keputusan muktamad atau perkara berkaitan dengan pemilikan minyak dan gas (O&G) negeri diserahkan kepada mahkamah, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Datuk Seri Azalina Othman Said yang menyatakan bahawa Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) tidak mengandungi peruntukan mengenai pemilikan atau pengawalseliaan sumber minyak dan gas.

“Tunggulah mahkamah. Tunggu mahkamah,” kata Abang Johari ketika diminta mengulas perkara tersebut.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan dan Pameran Aeroangkasa Asia Pasifik (APACE) 2026 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.



Abang Johari ketika ditemui pemberita selepas majlis di BCCK. - Gambar Roystein Emmor

Terdahulu dilaporkan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Azalina Othman Said berkata MA63 tidak mengandungi sebarang peruntukan berkaitan pemilikan atau pengawalseliaan sumber minyak dan gas.

Menurut Azalina, MA63 juga tidak menetapkan peranan entiti petroleum seperti PETRONAS atau pengagregat gas tunggal Sarawak, Petroleum Sarawak Bhd (PETROS).

“MA63 merupakan dokumen asas yang menetapkan terma pembentukan Malaysia, termasuk hak dan autonomi Sabah dan Sarawak dalam bidang-bidang tertentu.

“Pengurusan dan pengawalseliaan industri minyak dan gas ditentukan oleh undang-undang persekutuan, khususnya Akta Pembangunan Petroleum 1974 (Akta 144),” katanya dalam jawapan bertulis Parlimen baru-baru ini.

Azalina berkata, di bawah Akta 144, PETRONAS diberikan hak milik penuh ke atas petroleum di Malaysia, termasuk hak dan keistimewaan eksklusif untuk meneroka dan memperoleh sumber tersebut, sama ada di darat mahupun di luar pesisir.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
kuku
kukuku89kuku
Views : 1819 Replies : 0
akku
kukuku89akku
Views : 4041 Replies : 0
akku
kukuku89akku
Views : 4547 Replies : 0
PANAS!!!Adik Ipar  Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Burong_HantukPANAS!!!Adik Ipar Datuk Seri Mohamed Na
Views : 77023 Replies : 214
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28467 Replies : 128
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54759 Replies : 1063
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16291 Replies : 135
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277068 Replies : 1516
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13963 Replies : 16
Selamatkan guru elak terjerat hutang dan bankrap
langkahkaki4525Selamatkan guru elak terjerat hutang dan
Views : 15389 Replies : 6

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.234269 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list