CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 10721|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak guna teknologi CubeSats sebagai strategi pembangunan pintar dan bersepadu: Abang Johari

[Copy link]
Post time 28-1-2026 10:46 AM | Show all posts |Read mode


Abang Johari (dua kiri) meneliti sut angkasa lepas yang dipamerkan sempena APACE 2026 di BCCK, hari ini. - Gambar Roystein Emmor

KUCHING: Kerajaan Sarawak kini memperkenalkan penggunaan teknologi CubeSats, sebagai sebahagian daripada strategi pembangunan pintar dan bersepadu negeri dalam pendidikan, pengurusan sumber alam, dan keselamatan.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, CubeSats iaitu satelit orbit rendah kos efektif, menawarkan kos lebih murah berbanding satelit konvensional.

“Sebenarnya, ini adalah satu teknologi yang agak baharu, khususnya dalam bidang aeroangkasa, di mana terdapat platform satelit yang lebih kecil berbanding satelit konvensional.

“Selain itu, CubeSat boleh menyimpan data di orbit yang dipanggil Low Earth Orbit (LEO) dan boleh melengkapkan satu pusingan orbit dalam masa 120 minit,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan dan Pameran Aeroangkasa Asia Pasifik (APACE) 2026 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Abang Johari berkata, Sarawak telah mula menggunakan data CubeSats bagi pengurusan hutan dan sumber semula jadi, pertanian, perancangan guna tanah, pemantauan pesisir, serta kesiapsiagaan bencana.

Menurutnya, langkah seterusnya adalah mengembangkan penyelidikan dalam sistem satelit, operasi tanah, analitik data dan interpretasi berasaskan kecerdasan buatan (AI), yang boleh memberikan maklumat automatik dan berterusan daripada angkasa.

“Ini termasuk membina stesen bumi dan memupuk syarikat pemula untuk menukar data menjadi kecerdasan boleh guna bagi petani, perhutanan serta penguat kuasa,” tambah beliau.

Beliau menekankan, CubeSat lebih murah berbanding satelit konvensional, yang menelan belanja antara 100 dan 300 juta Euro, manakala CubeSat berharga kurang daripada satu juta Euro, selain kos penyelenggaraan dan pelancaran yang jauh lebih rendah.

Sehubungan itu, Abang Johari berkata, Sarawak juga menekankan pembangunan tenaga kerja tempatan dalam bidang teknologi angkasa.

Katanya, Sarawak dianggar memerlukan 30,000 juruteknik satelit.

“Bagi tujuan ini, Sarawak bekerjasama dengan i-CATS, Universiti Tsinghua dan Universiti Istanbul untuk melatih tenaga mahir dalam bidang ini.

“Pelaksanaan projek ini dilakukan secara langkah demi langkah. Langkah pertama adalah melatih anak Sarawak melalui Fakulti Teknologi Angkasa di i-CATS.

“Selepas mereka mahir dengan teknologi terkini, mereka akan mengetahui aspek teknikal seperti ketinggian maksimum penerbangan satelit dan operasi angkasa luas,” tegasnya sambil menambah, Pusat Astronomi Borneo di Santubong juga akan terlibat sebagai sebahagian daripada kerjasama itu.

Selain itu katanya, Sarawak akan memanfaatkan geografinya yang unik, hutan hujan, sungai dan garis pantai yang panjang sebagai makmal hidup untuk menguji, mengesah dan memurnikan penyelesaian CubeSats.

Premier berkata, sektor telekomunikasi dijangka menjadi pengguna terbesar CubeSats, sementara penyelidikan saintifik, alam sekitar dan metrologi juga semakin bergantung kepada data satelit ini.

“Tujuan kami bukan mengejar prestij semata-mata, tetapi membina kemampuan berterusan untuk rakyat Sarawak mereka bentuk, membina dan memperoleh manfaat daripada teknologi angkasa,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18280 Replies : 18
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277109 Replies : 1518
PANAS!!!Adik Ipar  Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Burong_HantukPANAS!!!Adik Ipar Datuk Seri Mohamed Na
Views : 77023 Replies : 214
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28467 Replies : 128
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54759 Replies : 1063
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16291 Replies : 135
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13963 Replies : 16
Selamatkan guru elak terjerat hutang dan bankrap
langkahkaki4525Selamatkan guru elak terjerat hutang dan
Views : 15389 Replies : 6
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 24369 Replies : 71
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3931 Replies : 50

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 08:16 AM GMT+8 , Processed in 0.052743 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list