CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21146|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tuntutan Kedah terhadap P Pinang tak berperlembagaan, seperti waris Sulu terhadap Sabah

[Copy link]
Post time 27-1-2026 07:19 PM | Show all posts |Read mode
Tuntutan Kedah terhadap P Pinang tak berperlembagaan, seperti waris Sulu terhadap Sabah

Zaf Seraj, Mohamad Al As - Januari 27, 2026 @ 5:19pm




Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow. - Foto fail NSTP



KUALA LUMPUR: Tuntutan Kedah terhadap Pulau Pinang disifatkan sama seperti tuntutan waris Sulu ke atas Sabah, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Batu Kawan menegaskan tuntutan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor terhadap kedaulatan Pulau Pinang adalah tidak berperlembagaan.

"Tuntutan Menteri Besar Kedah terhadap Pulau Pinang adalah tidak berperlembagaan, sama seperti tuntutan waris Sulu ke atas Sabah yang ditolak berdasarkan prinsip undang-undang dan kedaulatan negara," katanya ketika berbahas Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, hari ini.

Kon Yoew berkata Pulau Pinang adalah negeri berdaulat dalam Persekutuan Malaysia sejak kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 1957.

Kedudukan itu turut diperkukuh melalui Perjanjian Malaysia 1963 yang menegaskan Pulau Pinang tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan dan bukan kepada tuntutan sejarah sebelum merdeka.

Beliau menambah sempadan negeri telah dimuktamadkan melalui Akta Kedah dan Pulau Pinang (Pindaan Sempadan) 1985 yang digubal Parlimen selaras dengan Perkara 2 Perlembagaan Persekutuan.

"Dalam sistem persekutuan, sempadan negeri tidak boleh diubah sewenang-wenangnya, apatah lagi melalui kenyataan politik tanpa proses perundangan sah. Tuntutan sebegini jelas bertentangan dengan semangat federalisme," katanya.

Chow turut memberi amaran bahawa dakwaan sedemikian membuka ruang yang boleh menggugat kestabilan negara.

Sebelum ini, Sanusi menyatakan kerajaan Kedah mempunyai rancangan lebih luas berhubung tuntutan terhadap Pulau Pinang, termasuk cadangan menjadikan negeri itu sebagai wilayah khas seumpama kedudukan Hong Kong dengan China.

Bagaimanapun, butiran lanjut tidak didedahkan.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/01/1502162/tuntutan-kedah-terhadap-p-pinang-tak-berperlembagaan-seperti-waris





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2026 06:33 AM GMT+8 , Processed in 0.132153 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list