CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 33189|Reply: 0

[Pulau Pinang] Geng samun bersenjata menyamar pegawai Imigresen tumpas

[Copy link]
Post time 27-1-2026 12:43 PM | Show all posts |Read mode
Geng samun bersenjata menyamar pegawai Imigresen tumpas

SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
27 Januari 2026 11:03am





Tangkap layar menunjukkan sekumpulan lelaki menyamar sebagai pegawai imigresen sebelum melakukan kegiatan samun bersenjata di Bukit Tengah, Pulau Pinang baru-baru ini.




BUKIT MERTAJAM - Polis berjaya menumpaskan satu kumpulan samun yang menyamar sebagai pegawai agensi penguatkuasaan susulan penahanan dua lelaki tempatan di sekitar Kuala Lumpur pada 18 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, tangkapan itu dibuat susulan kejadian samun berkumpulan yang berlaku di sebuah rumah di Ladang Chip Joo, Bukit Tengah pada 13 Januari kira-kira jam 10.30 pagi.


Menurutnya, mangsa seorang lelaki warga Myanmar berusia 44 tahun memaklumkan enam lelaki berpakaian gelap dan memakai pelitup muka menaiki sebuah kenderaan jenis Proton X70 telah berhenti di hadapan rumahnya.

“Lima suspek kemudiannya masuk ke rumah mangsa dengan memperkenalkan diri sebagai pegawai Imigresen sebelum menggeledah kediaman tersebut.


“Suspek turut mengacukan sebilah parang dan melarikan pelbagai barangan berharga termasuk barang kemas, wang tunai dan telefon bimbit dengan anggaran kerugian sekitar RM4,000,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat dan risikan, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibupejabat Polis Daerah SPT telah menjalankan serbuan di dua lokasi berasingan di Bukit Jalil dan Ampang di Kuala Lumpur.

“Hasil serbuan, seorang lelaki berusia 38 tahun ditahan di Bukit Jalil manakala seorang lelaki lagi yang berusia 32 tahun ditangkap di Ampang.

"Polis turut merampas sebuah Proton X70 berwarna putih yang dipercayai digunakan semasa kejadian selain beberapa telefon bimbit, pakaian dan aksesori yang mempunyai kaitan dengan kes tersebut," ujarnya.

Tambah beliau, semakan rekod mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod lampau melibatkan kes jenayah dan dadah.

"Ujian saringan air kencing juga mendapati mereka positif dadah jenis methamphetamine.

Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

“Kedua-dua suspek akan dituduh di Mahkamah Sesyen Butterworth pada 28 Januari ini,” katanya.

Dalam pada itu, Helmi berkata, polis masih giat mengesan empat lagi suspek yang dipercayai terlibat dan masih bebas.


"Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Inspektor Fakhrul Aiman di talian 016-3374941 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya lagi.

https://www.sinarharian.com.my/article/765673/berita/semasa/geng-samun-bersenjata-menyamar-pegawai-imigresen-tumpas


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2026 06:34 AM GMT+8 , Processed in 0.032290 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list