CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33553|Reply: 0

[Kedah] Pelajar cemerlang SPM terlantar akibat ketumbuhan sebesar buah kelapa, terpaksa tangguh masuk universiti

[Copy link]
Post time 27-1-2026 11:58 AM | Show all posts |Read mode
Pelajar cemerlang SPM terlantar akibat ketumbuhan sebesar buah kelapa, terpaksa tangguh masuk universiti

Zuliaty Zulkiffli - Januari 27, 2026 @ 11:25am





Syukri menunjukkan gambar ketika dia menerima keputusan 8A SPM tahun lalu sebelum disahkan menghidap kanser otot hingga tidak dapat bergerak. - NSTP/ZULIATY ZULKIFFLI



ALOR SETAR: Muhammad Syukri Abdul Latif, 19, sepatutnya menyambung pengajian di universiti pada Julai lalu, namun terpaksa menangguhkannya apabila dia disahkan menghidap kanser otot.

Kanser itu menyerang dengan cepat sehingga mengakibatkan ketumbuhan sebesar buah kelapa pada punggung kanan dan menyukarkan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Halim (SMKAH- Jenan) di Jitra itu berjalan.

Syukri memperoleh keputusan 8A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 dan bercita-cita menjadi guru, namun terpaksa menangguhkan pengajian di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) di Perak kerana perlu memberi tumpuan kepada rawatan.

"Saya sudah mendaftar semester satu Diploma Sains pada Julai tahun lalu, tapi tak larat dan tak daya menahan sakit.

Jadi saya tangguhkan dulu sehingga Mac ini.

Sedih juga sebab kawan-kawan sambung pengajian, saya pula perlu ulang-alik menjalani rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP).

"Ayah hanya bekerja kilang dengan pendapatan tak menentu untuk menyara keluarga, malah wang yang dikumpulnya bagi membeli komputer riba untuk saya juga sudah habis digunakan untuk bayar kos rawatan, " katanya ketika ditemui di Kampung Bukit Derang, di sini.

Dia yang dijaga ibu, Siti Mariani Hasan, 51, kerana hanya mampu baring mengiring di atas tilam akibat ketumbuhan berkenaan, berkata penyakit itu dikesan apabila dia mengalami sakit belakang yang lama kelamaan makin ketara, terutama ketika membonceng motosikal bapa pulang dari sekolah dan melalui laluan berbonggol.

"Rasa sakit sangat di bahagian punggung, mulanya saya anggap sakit otot biasa, tapi lama kelamaan sakit makin kuat.

Tak tahan, saya ajak ayah buat pemeriksaan di Klinik Kesihatan Banai dan doktor pada mulanya beri ubat sakit otot serta saraf kerana menyangka sakit itu mungkin kerana saya lasak di sekolah.

"Hampir beberapa bulan, ubat yang diberi tidak memberi kesan dan doktor minta saya merujuk Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk pemeriksaan lebih lanjut.

Di HSB, ujian mendapati ada ketumbuhan pada punggung sebelah kanan dan selepas kami ke sebuah pusat perubatan swasta, saya disahkan menghidap kanser otot.

"Ketumbuhan pada punggung kanan makin membesar seperti buah kelapa dan menyakitkan.

Ayah terus hantar ke bahagian kecemasan di HSB untuk rawatan segera.

Sepatutnya malam itu saya perlu jalani pembedahan untuk buang ketumbuhan, tapi tiada pakar dan pembedahan akan memberi risiko pada saya.

"Doktor cadangkan kemoterapi untuk mengecutkan ketumbuhan dan saya perlu buat rawatan itu di HPP.

Sekarang selepas enam pusingan kemoterapi, ketumbuhan itu mengecil," katanya yang boleh dihubungi di talian 011-37139120 oleh pihak yang ingin menyalurkan bantuan.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/01/1501972/pelajar-cemerlang-spm-terlantar-akibat-ketumbuhan-sebesar-buah





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2026 06:34 AM GMT+8 , Processed in 0.660752 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list