CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29763|Reply: 0

[Kedah] PRU16: AMANAH Kedah sasar DUN Kuah, Bukit Kayu Hitam dan Bandar Baharu

[Copy link]
Post time 27-1-2026 11:46 AM | Show all posts |Read mode
PRU16: AMANAH Kedah sasar DUN Kuah, Bukit Kayu Hitam dan Bandar Baharu

WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
27 Januari 2026 11:25am





Asmirul Anuar semasa berucap di program Retreat Jentera Pilihan Raya Amanah Kedah yang berlangsung di Merdeka Beach Resort, Pantai Merdeka di Sungai Petani.




ALOR SETAR – Parti Amanah Negara (AMANAH) Kedah menetapkan hala tuju awal menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) dengan menyasarkan beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), termasuk Kuah, Bukit Kayu Hitam dan Bandar Baharu sebagai kawasan tumpuan.

Pengerusi AMANAH Kedah, Asmirul Anuar Aris, berkata keputusan itu dicapai dalam program Retreat Jentera Pilihan Raya AMANAH Kedah yang berlangsung pada 23 hingga 24 Januari lalu di Merdeka Beach Resort, Pantai Merdeka.


Menurutnya, selain tiga kerusi DUN berkenaan, AMANAH Kedah turut mengenal pasti beberapa kawasan lain untuk ditandingi, namun perlu mengadakan rundingan dengan rakan-rakan parti dalam Pakatan Harapan (PH) di negeri tersebut.

“AMANAH Kedah melalui Biro Politik dan ketua-ketua kawasan telah sepakat mengenal pasti kerusi DUN dan Parlimen yang akan ditandingi pada PRU16.

Antara kerusi Parlimen yang dicadangkan ialah Pokok Sena dan Jerai,” katanya dalam kenyataan rasmi.


Asmirul berkata, semua AMANAH Kawasan di negeri ini diarahkan supaya segera menubuhkan dan mengaktifkan Jentera Operasi Pilihan Raya (JOP) di peringkat Parlimen dan DUN masing-masing.

Menurutnya, parti turut mengarahkan agar tumpuan diberikan kepada pembentukan jentera di peringkat Pusat Daerah Mengundi (PDM).

“Langkah ini penting bagi memastikan persiapan yang lebih tersusun dan berkesan, khususnya di kawasan yang menjadi sasaran AMANAH Kedah,” ujarnya.

Asmirul turut menegaskan bahawa AMANAH Kedah akan terus berunding dengan rakan gabungan politik dalam PH bagi mengelakkan pertindihan kerusi.

Tambahnya, pihaknya juga menyatakan komitmen untuk memberikan sokongan penuh kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP di mana-mana kerusi yang mereka tandingi bagi memastikan kemenangan bersama pada PRU16.


Dalam perkembangan sama, beliau berkata pihaknya menghormati pendirian UMNO dan Barisan Nasional (BN) Kedah yang cenderung bertanding secara solo pada PRU16, sambil menegaskan fokus utama parti adalah memperkukuh jentera dan strategi di kerusi sasaran.

Pada PRU15, DUN Kuah, Bukit Kayu Hitam dan Bandar Baharu dimenangi oleh Perikatan Nasional (PN).

Pada pilihan raya tersebut, Amar Pared Mahamud menang dengan 13,364 undi menewaskan Ahmad Fauzi Chik (PH) yang memperoleh 5,394 undi di Kuah, manakala Datuk Halimaton Shaadiah Saad menang dengan 24,551 undi mengatasi Zainol Abidin Mohamad (BN) yang memperoleh 9,117 undi di Bukit Kayu Hitam.


Bagi DUN Bandar Baharu pula, Prof Mohd Suffian Yusoff menang dengan 19,327 undi menewaskan Nuraini Yusoff (BN) yang memperoleh 7,750 undi.

https://www.sinarharian.com.my/article/765677/berita/politik/amanah-kedah-targets-key-seats-in-upcoming-16th-general-election


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2026 05:01 AM GMT+8 , Processed in 0.173525 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list