CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31566|Reply: 0

[Sarawak] APM Selangau pantau rapi kawasan berisiko banjir

[Copy link]
Post time 27-1-2026 11:44 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 27-1-2026 11:45 AM



Hujan berterusan menyebabkan beberapa kawasan rendah di SK Ulu Sungai Arip dinaiki air hari ini. - Gambar APM Selangau

SELANGAU: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Selangau terus menjalankan pemantauan rapi di kawasan berisiko dinaiki air susulan hujan berterusan, khususnya di Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Sungai Arip hari ini.

Pemantauan tersebut dilaksanakan selepas hujan melanda daerah itu yang menyebabkan paras air meningkat di beberapa kawasan rendah sekitar sekolah berkenaan.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Selangau Leftenan (PA) Luke Douglas Dongum berkata, paras air direkodkan sekitar 0.05 hingga 0.12 meter di kawasan sekolah yang rendah.

Namun setakat ini katanya, tiada struktur bangunan atau keselamatan warga sekolah yang terjejas.

Luke berkata, keadaan di lokasi masih terkawal dan berada di bawah pemantauan berterusan.

“Berdasarkan tinjauan di lapangan, air hanya melimpah di kawasan rendah dan belum memasuki bangunan sekolah.

"Situasi masih selamat,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pihak sekolah turut memaklumkan sesi persekolahan masih berjalan seperti biasa dan tiada keperluan untuk penutupan sekolah setakat ini.

Menurut Luke, pemantauan akan diteruskan dari semasa ke semasa terutama jika hujan berterusan dan paras air menunjukkan trend peningkatan.

“APM Selangau sentiasa bersedia untuk bertindak pantas sekiranya keadaan berubah atau terdapat risiko terhadap keselamatan pelajar dan penduduk setempat,” katanya.

Orang ramai khususnya penduduk di kawasan Sungai Arip dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada, mematuhi arahan pihak berkuasa dan segera melaporkan sebarang kejadian luar jangka kepada APM.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2026 06:34 AM GMT+8 , Processed in 0.223370 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list