CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 29092|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak terus komited hidupkan semangat Malaysia

[Copy link]
Post time 27-1-2026 11:15 AM | Show all posts |Read mode
Berlandaskan MA63 bagi pastikan hak-hak negeri dikembalikan, keharmonian negara terus terpelihara



Fadillah menjawab beberapa perkara penting semasa menjadi tetamu Majlis Makan Malam Alumni Universiti Cambridge dan Oxford di sebuah hotel di Kuching pada Ahad. - Gambar Penerangan

KUCHING: Sarawak terus komited dalam menghidupkan semangat Malaysia berlandaskan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bagi memastikan hak-hak negeri dikembalikan serta keharmonian negara terus terpelihara, kata Datuk Amar Fadillah Yusof.

Timbalan Perdana Menteri itu menekankan bahawa semangat Malaysia perlu difahami secara menyeluruh berdasarkan kandungan MA63 dan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) yang menjadi asas pembentukan Persekutuan Malaysia.

“Semangat Malaysia tetap berada di bawah MA63. Kita kena memahami apa yang terkandung di dalamnya.

"Ada perkara yang telah dipersetujui tetapi belum dilaksanakan dan ada hak negeri yang telah dicerobohi atau diambil alih oleh persekutuan,” katanya ketika ditemui media selepas menjadi tetamu pada majlis makan malam 'Boundless Horizons: A Sarawak Fireside Chat on Aspiration and Impact anjuran Alumni Universiti Cambridge dan Oxford di sebuah hotel di Kuching pada Ahad.

Menurut Fadillah, tuntutan Sarawak bukan bersifat menuntut secara membuta tuli sebaliknya berpandukan peruntukan yang telah dipersetujui dalam MA63 dan Laporan IGC.

“Tuntutan kita adalah berlandaskan apa yang terkandung dalam MA63 dan IGC... sebab itu wujud jawatankuasa teknikal serta majlis perundingan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri (Datuk Seri Anwar Ibrahim), saya dan menteri lain bagi memperhalusi perkara ini supaya hak yang sepatutnya dapat dikembalikan,” katanya.

Tambah Fadillah, pengembalian hak-hak tersebut penting bagi mengharmonikan hubungan antara negeri dan persekutuan seterusnya mengekalkan perpaduan serta keharmonian negara.

“Kalau hak ini dapat dikembalikan, kita boleh mengharmonikan keadaan dan mengekalkan perpaduan serta keharmonian dalam negara kita,” katanya.

Mengenai tahap kefahaman dalam kalangan Ahli Parlimen mengenai MA63, beliau berkata proses memberi kesedaran masih berterusan dan memerlukan strategi jangka panjang.

Menjawab isu lain, Fadillah turut menekankan bahawa kerajaan sedang menilai semula kandungan silibus bagi memastikan sejarah pembentukan Malaysia termasuk MA63 dan laporan IGC diberi penekanan sewajarnya.

Beliau menambah, kurikulum pendidikan dalam Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026-2036 yang telah dilancarkan baru-baru ini perlu disesuaikan dengan keperluan semasa dan masa depan negara.

"Kita mahu tidak kira jenis aliran sekolah sama ada aliran kebangsaan, aliran sekolah bantuan, aliran agama, sekolah aliran Cina atau India di negara ini wajib kredit mata pelajaran Bahasa Melayu dan lulus Sejarah sebelum memasuki mana-mana university awam kita," katanya sambil menambah, ia penting untuk memastikan generasi muda memahami sejarah negara.

“Banyak perkara sudah berubah, jadi kita kena sesuaikan kurikulum supaya anak-anak  kita lebih bersedia menghadapi masa depan.

Perubahan ini akan berlaku secara berperingkat mengikut kohort dan proses perbincangan sedang berjalan,” katanya.

Terdahulu, Fadillah yang turut mengulas mengenai majlis makan malam bersama alumni dari Cambridge dan Oxford berkata, ia suatu program yang sangat bermanfaat.
"Pertama kena faham ialah mereka dari universiti elit di dunia dan bila mereka mahu bekerjasama dengan kita ia sesuatu yang sangat baik.

"Kita boleh bertukar pendapat dengan alumni dua universiti ini untuk 'coach and train Sarawakian' agar kita supaya boleh masuk ke universiti ternama di dunia,” katanya lagi.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2026 06:34 AM GMT+8 , Processed in 0.065768 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list