CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 26148|Reply: 13

Jurusolek Dakwa Pernah Digoda Da’I Syed Ajak Check In Ketika Isteri Hamil Anak Kedua - “Saya Melayan Sekadar Untuk ‘Memancing’ Perangainya" ...

[Copy link]
Post time 27-1-2026 11:07 AM | Show all posts |Read mode





Seorang jurusolek dikenali sebagai Hanis Raus  membuat pendedahan mendakwa pernah digoda pendakwah selebriti, Dai Syed yang ketika itu berstatus sebagai suami orang.

Memetik mStar Online, Hanis mendakwa pendakwah itu pernah mengajaknya ke Pulau Pinang ketika bercuti bersama isterinya Hana Ismail dan keluarga.

Menurut Hanis, dia bukan ‘melayan’ pendakwah berkenaan sebaliknya mahu melihat sejauh mana tindakan serta perangainya.

“Ada satu ketika itu dia ke Pulau Pinang dengan Hana (isteri) dan keluarga mereka. Syed suruh datang sana, tapi saya cakap dia ada bersama isteri dan keluarga.

“Dia suruh saya check in hotel sama supaya senang dia pergi dekat saya. Saya terkejut, sumpahlah kau pergi dengan isteri tetapi masih ajak perempuan lain.

“Saya melayan bukanlah untuk bersama dia tetapi sekadar untuk ‘memancing’ perangainya. Saya berani bersumpah kami tak pernah berjumpa,” katanya.

Lebih mengejutkan, Hanis mendakwa kejadian itu berlaku pada September tahun lalu ketika itu isteri Da’i Syed sedang hamil anak kedua.

Tambah Hanis lagi,  dia mendedahkan Syed yang suka memadam mesej perbualan mereka, apabila dia tidak membalas dengan segera.

“Semua ini berlaku sewaktu isterinya masih hamil anak kedua. Berlaku dalam bulan September tahun lalu.

Dia ada satu perangai akan padam mesej setiap kali saya senyap dan tak balas cepat.

“Bila kita leka kejap, dia akan clear mesej. Mungkin dia pun mula rasa curiga. Kalau kami sedang online, dia tak padam,” katanya.

Sementara itu, Hanis menjelaskan Hanis menjelaskan dia mula mengenali pendakwah itu dari media sosial selepas menjadi penyokong kuat Syed ketika kes pendakwah itu tular sebelum ini.

Katanya, sokongan tersebut menyebabkan Syed mula menyedari kehadirannya di media sosial, sekali gus membuka ruang kepada perbualan peribadi antara mereka.

“Selepas kes dia (Syed) meletup (viral) pertama kali dulu, saya memang menyokong dan menganggap dia dianiaya.

“Waktu itu saya memang follow media sosial dia dan kongsi video-video mengenai kesnya. Bila dia notis video tersebut saya macam seronoklah. Kemudian dia follow semula saya di Instagram.

“Bila dia tahu kita meminati dia, mungkin daripada situ dia mula ambil kesempatan,”katanya.

Bagaimanapun, Hanis berkata dia kurang senang dengan pendakwah itu yang sering mengajaknya untuk bertemu pada tahun lalu.

“Tahun lepas dia betul-betul bertindak di luar batasan. Saya menetap di Perak dan dia selalu ajak pergi ke Shah Alam.

“Kemudian saya minta minyak wangi jualannya untuk dibuat affiliate tetapi dia tidak mahu hantar melalui pos kerana mahu berjumpa dengan saya,” katanya.

Sumber: mStar Online, Rotikaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2026 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia suruh saya check in hotel sama supaya senang dia pergi dekat saya. Saya terkejut, sumpahlah kau pergi dengan isteri tetapi masih ajak perempuan lain.

Ayat sebenar - CHECK IN HOTEL YANG SAMA

Sah attention seeker punya mua pondan
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2026 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
juru solek tu lelaki ke?
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2026 11:55 AM | Show all posts
MUA pondan pun delulu... screenshot convs pun sikit2...tak tunjuk pun yg mana Wukong nak ajak main... hahahahahahahahahaha... itu kalau dapat tu mesti kepoh rakam2 video kena gomol ngan Wukong jambang coklat.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2026 12:13 PM | Show all posts
hmmmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2026 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
weh gatal gila
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2026 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Nnt ikmal kata saya pun nak tengok sejauh mana fondant melayan
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2026 12:47 PM | Show all posts
MUA macam muka jantan aja tuh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2026 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
prince_marhaen: MUA pondan pun delulu... scree ...


Tula puas baca..xnmpk pun part suruh check in..suruh jumpa depan2 je ada..yg part lain tu mcm dia yang seduce pun mungkin jgk..zaman skrg nk buat content mcm2 cara nk bg hype..Hanis raus ntah2 hanif nama sebenar..
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2026 02:32 PM | Show all posts
xckp daei tu baik. tp conversation yg dia spill tu xlengkap. nk fame ke beb?
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2026 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
power sangat ke hamba allah ni..  semua dia nk test...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2026 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Kepala bawah tak reti duk diam. Mereputlah dalam penjara.


Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2026 04:18 PM | Show all posts
Tak paham deyols borak apa. Tak nampak pulak ajak check in. Pastu cakap macam pasal perfume je. Entah, tak paham mua pondan ni nak spill apa sebenarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2026 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Laaa dia try jantan kaa ishh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2026 06:34 AM GMT+8 , Processed in 0.444940 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list