CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21259|Reply: 0

[Negeri Sembilan] 'Tangan saya menggigil nampak tertuduh' - Anak saudara Suri Narudin

[Copy link]
Post time 27-1-2026 10:56 AM | Show all posts |Read mode


Rembau: "Kalau boleh kami tidak mahu tahu dari media, biarlah kami dapat maklumat di mahkamah mengenai perkembangan kes ibu saudara," kata Sara Alias, 38.

Sara ialah anak saudara kepada Allahyarham Suri Narudin yang mayatnya ditemui di sebuah rumah di Pedas, di sini.

Dia sanggup mengambil cuti untuk ke Mahkamah Majistret Rembau, hari ini, bagi sebutan semula kes berkenaan.

Seramai 10 ahli keluarga dan rakan kepada Suri dilihat berada di perkarangan mahkamah yang difahamkan datang dari Kuching, Sarawak dan Pulau Pinang.

Sara berkata, mereka sudah sampai di Rembau sejak semalam dan bermalam di rumah inap sebelum hadir ke mahkamah pagi ini.

"Kami sanggup datang sejauh ini kerana mahu mengikut kes ini secara rapat. Kami mahu jadi orang pertama yang tahu perkembangan kes.

"Sebab itu kami berada di sini dan tiba seawal jam 7.30 pagi. Kami sudah sampai di Rembau sejak semalam. Semua yang hadir hari ini mengambil cuti untuk ke mahkamah," katanya ketika ditemui.

Ditanya mengenai perasaannya apabila ternampak tertuduh yang didakwa membunuh ibu saudaranya dibawa polis, Sara berkata, tangannya menggigil saat melihat lelaki itu.

"Sukar mahu gambarkan perasaan itu, bercampur baur. Geram, marah, sakit hati dan sedih sampaikan tangan saya menggigil kesejukan," katanya yang bekerja di syarikat swasta.

Prosiding hari ini adalah sebutan semula terhadap Zainizan Zainal, 52, yang didakwa atas pertuduhan membunuh Suri di kawasan belakang sebuah rumah di Jalan Pedas Linggi, Rembau, antara 7 hingga 18 Disember lalu.

Sebelum ini, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad dilaporkan berkata, mayat yang ditemukan di dalam beg yang ditanam di belakang rumah terbabit dipercayai wanita yang dilaporkan hilang di Ampang, Selangor sejak 8 Disember lalu.

Susulan itu, polis menahan dua lelaki berumur 51 dan 41 tahun untuk membantu siasatan sebelum mengesahkan identiti mayat wanita itu ialah Suri berdasarkan pemeriksaan dan perbandingan cap jari yang sepadan dengan rekod Jabatan Pendaftaran Negara.

Sumber : harian metro

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2026 06:34 AM GMT+8 , Processed in 0.131924 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list