CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20036|Reply: 0

[Pulau Pinang] ’Pak Teh, kita boleh solat dah tahun ini, insya-Allah’

[Copy link]
Post time 27-1-2026 10:46 AM | Show all posts |Read mode
Surau Al-Munawwarah bakal menjadi kegunaan sementara penduduk Taman Halaman Indah di Nibong Tebal untuk menunaikan solat tarawih.





’Pak Teh, kita boleh solat dah tahun ini, insya-Allah’



  • Oleh MOHD. FAHMI ISMAIL
  • 27 Januari 2026, 10:36 am








PETALING JAYA – Hasrat penduduk Taman Halaman Indah di Nibong Tebal, Pulau Pinang untuk menunaikan solat tarawih secara berjemaah pada Ramadan tahun ini akhirnya menjadi kenyataan apabila sebuah surau sementara berjaya diwujudkan bagi kegunaan komuniti setempat.

Menteri Pendidikan merangkap Ahli Parlimen Nibong Tebal, Fadhlina Sidek berkata, beliau telah menyumbangkan sebuah kabin untuk dijadikan surau sementara yang dinamakan Surau Al-Munawwarah.

Menurutnya, surau tersebut akan beroperasi di atas tanah Masjid Halaman Indah sementara menunggu pembinaan masjid kekal yang dijangka dapat dilaksanakan dalam tempoh dua tahun, sekiranya tiada sebarang halangan.

“Alhamdulillah. Hasrat penduduk untuk solat tarawih berjemaah tahun ini akhirnya tercapai.

“Terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus lumus menjayakan usaha ini. Pak Teh, kita boleh solat dah tahun ini, insya-Allah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Beliau berkata, kerja-kerja persiapan kini sedang giat dijalankan bagi melengkapkan surau sementara itu dengan kemudahan asas demi keselesaan para jemaah.

“Nibong Tebal, kita bagi jadi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2026/01/27/pak-teh-kita-boleh-solat-dah-tahun-ini-insya-allah/



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2026 05:01 AM GMT+8 , Processed in 0.507993 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list