CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16628|Reply: 3

[Tempatan] Penyelewengan dana 1MDB, SPRM siasat cawangan firma guaman antarabangsa UK

[Copy link]
Post time 27-1-2026 09:55 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat sebuah firma guaman antarabangsa berhubung syak wasangka terlibat dalam penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said mengesahkan perkara itu dan berkata, siasatan sedang dijalankan terhadap cawangan firma berkenaan di United Kingdom (UK).
Siasatan berkenaan melibatkan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
"SPRM kini sedang menjalankan siasatan terhadap sebuah firma guaman antarabangsa yang disyaki terlibat dalam penyelewengan dana 1MDB di bawah kesalahan yang diperuntukkan dalam Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).
"Tumpuan siasatan SPRM adalah terhadap cawangan United Kingdom firma guaman antarabangsa berkenaan," katanya dalam jawapan bertulis Parlimen malam tadi.


Bagaimanapun, Azalina berkata, SPRM tidak dapat mendedahkan butiran siasatan selaras dengan subseksyen 29(4) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Lim Lip Eng (PH-Kepong) yang meminta menteri mendedahkan butiran siasatan tersebut.Azalina menambah bahawa SPRM kekal komited untuk melaksanakan tugasnya secara bebas, telus dan profesional selaras dengan undang-undang.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2026 10:52 AM | Show all posts
hebat nya najib hingga boleh kawal firma di UK, boleh kelentong syarikat pelaburan global goldman sachs, mampu kelepet IPIC, JP Morgan, Aabar..

tapi ujung2 masukkan duit songlapan tu dalam akaun peribadi jah
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2026 11:02 AM | Show all posts
kemaruk replied at 27-1-2026 03:52 AM
hebat nya najib hingga boleh kawal firma di UK, boleh kelentong syarikat pelaburan global goldman sa ...

Eeee...malunya...
Siang malam cuci taik Boss....akhirnya?
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2026 10:27 PM | Show all posts
stingerkentot replied at 27-1-2026 11:02 AM
Eeee...malunya...
Siang malam cuci taik Boss....akhirnya?

betapa hebatnya najib rancang pembunuhan altantuya, sembunyi MH370, susun pemberontakan lahad datu, olah strategi tembak MH17 di ukraine, dan dalam masa sama membantu rosmah mengasaskan konglomerat Grab

ujung2 masuk penjara sebab dokumen fotostat je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2026 05:01 AM GMT+8 , Processed in 0.040083 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list