Untuk agensi berkaitan, bantu lah anak2 ni agar tak tercicir dr sistem pendidikan..
Dan untuk acik Mazlina dan abe Sahru, sabar2 lah nk tambah anak dgn keadaan kewangan yang x menentu ni..dalam keadaan rumah x berbilik pun sempat jua ya ko bercucuk tanam dalam rumah..
Tinggal di rumah kecil tanpa bilik tidur dan ruang dapur, lima beranak harap rumah lebih selesa[size=0.8]
 Nurul Mazlina bersama anak sulung dan bongsunya di hadapan rumah mereka. - Foto NSTP/Paya Linda Yahya
GUA MUSANG: Memiliki rumah sendiri yang lebih selesa untuk anak-anak semestinya menjadi impian setiap ibu bapa, namun bagi pasangan di Kampung Lepan Jaya, di sini, hanya mampu bersyukur dengan rumah kecil tanpa bilik dan ruang dapur untuk berteduh. Rumah kecil yang dihuni lima beranak itu didirikan di atas tanah sendiri dan diperbuat daripada kayu serta zink terpakai yang kini semakin mereput. Menurut, Nurul Mazlina Mohd Nor, 32, sudah lebih tiga tahun dia bersama suami, Mohd Sahru Azman, 38 dan tiga anak berusia tiga minggu, lima dan lapan tahun mendiami rumah terbabit Katanya, bukan tidak pernah membuat permohonan untuk mendapatkan rumah yang lebih selesa di beberapa jabatan, namun rezeki belum berpihak kepadanya untuk memiliki rumah sendiri. "Sebelum ini kami hanya tinggal menyewa. Kami juga pernah membuat permohonan untuk mendirikan rumah di atas tanah sendiri selain memohon membaiki rumah, namun mungkin bukan rezeki kami atau ada yang lebih layak dari kami. "Rumah ini pun dibina dengan menggunakan kayu dan zink terpakai sejak lebih tiga tahun lalu oleh suami dan rumah inilah dijadikan tempat berteduh untuk kami lima beranak. "Rumah ini tidak mempunyai bilik dan ruangan dapur, jadi kami lima beranak tidur bersama di ruang tamu hanya beralaskan tilam," katanya ketika ditemui di Kampung Lepan Jaya, di sini. Nurul Mazlina yang kini juga sedang berpantang anak ketiga berkata, dengan pendapatan suaminya yang hanya melakukan kerja-kerja kampung duit yang diperoleh hanya sekadar cukup makan. Katanya, sebelum melahirkan anak, dia juga mengambil inisiatif menanam pokok lada di sekeliling rumah bagi menambah pendapatan keluarganya. "Dengan pendapatan suami yang hanya melakukan kerja-kerja kampung gaji yang diperoleh sekadar cukup makan untuk kami lima beranak. Bagi membina rumah yang selesa untuk anak-anak kami tak mampu. "Sebelum ini ada jabatan yang datang untuk melihat keadaan rumah kami, namun sehingga kini tiada kata putus. "Saya sangat berbesar hati sekiranya ada pihak sama ada agensi kerajaan atau Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang sudi membina atau memberi sumbangan bahan binaan bagi membaiki rumah kami ini," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/01/1501876/tinggal-di-rumah-kecil-tanpa-bilik-tidur-dan-ruang-dapur-lima
|