CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19876|Reply: 0

[Johor] PPS diaktifkan susulan kebakaran tanah gambut di Kota Tinggi

[Copy link]
Post time 27-1-2026 07:32 AM | Show all posts |Read mode

PPS di Dewan Serbaguna Taman Bayu Damai yang dibuka kepada lebih 50 penduduk terjejas susulan kebakaran tanah gambut seluas lebih 12 hektar. FOTO Bernama

Kota Tinggi: Satu pusat pemindahan sementara (PPS) diaktifkan bagi menempatkan penduduk Taman Bayu Damai di sini, yang terjejas dengan kebakaran tanah gambut di kawasan itu sejak Jumaat lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon berkata, PPS di Dewan Serbaguna Taman Bayu Damai itu diaktifkan jam 4.30 petang tadi dengan 66 mangsa terdiri daripada 23 keluarga sudha dipindahkan.

"Pengaktifan PPS ini bertujuan bagi pemindahan penduduk yang terkesan dengan asap kebakaran tanah gambut di Taman Bayu Damai, Pengerang sahaja.

"Jumlah keluarga yang dipindahkan di PPS sebanyak 23 keluarga dengan jumlah ahli keluarga seramai 66 orang. Pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) akan ditempatkan di PPS untuk memantau tahap kesihatan penduduk," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan memasang alat pemantauan udara, Grimm bermula esok bagi memantau kualiti udara di kawasan Taman Bayu Damai dan akan mengikut Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan jika indeks pencemaran udara (IPU) menunjukkan bacaan IPU tinggi.

Terdahulu, Ling berkata, JAS menerima aduan mengenai kebakaran bersebelahan Taman Bayu Damai, Pengerang itu pada Sabtu lalu.

Katanya, kebakaran membabitkan kawasan belukar tanah gambut bersebelahan Jalan Sungai Kapal, Taman Bayu Damai, Pengerang yang kini meningkat kepada lebih 12 hektar disebabkan cuaca kering dan berangin.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin berkata, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Tinggi sedang menguruskan operasi persekolahan pelajar yang terjejas dalam insiden itu.

"Pelajar yang terjejas dan berada di PPS tidak perlu ke sekolah. Perkara ini dalam urusan PPD. Setakat hari ini sekolah masih beroperasi," katanya.

Sumber : harian metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2026 06:34 AM GMT+8 , Processed in 0.036280 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list