CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 19107|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Isu tiga kampung di Kalimantan masuk ke wilayah Malaysia masih dalam rundingan - Mohamad

[Copy link]
Post time 27-1-2026 07:29 AM | Show all posts |Read mode


Seremban: Isu tiga kampung di Kalimantan Utara, Indonesia, yang dilaporkan kini termasuk dalam wilayah Malaysia susulan peralihan garisan sempadan, masih berada di peringkat rundingan antara kedua-dua negara dan belum dimuktamadkan.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata ini berikutan isu sempadan darat perlu mengambil kira realiti keadaan struktur tanah dan bukan berdasarkan garis lurus pada peta semata-mata.

Katanya, garis sempadan yang digariskan secara teknikal dan perundangan lazimnya berbentuk lurus berdasarkan koordinat dan perjanjian lama.

"Rundingan sedang dilakukan pada kawasan-kawasan berkenaan. Ini kerana apa yang ada dipeta dan di tanah itu berbeza.Macam kami berunding dengan Brunei sekarang, kalau ikutkan kita punya garisan adalah lurus, tetapi ramai orang Brunei sudah masuk kawasan kita dan begitu juga sebaliknya, takkan nak suruh mereka jadi rakyat Brunei pula.

"Bila kita ikut undang-undang, dia garis lurus. Kalau kita buat betul, nanti akan ada rumah terbelah dua, dapurnya atau depan rumahnya di Malaysia, manakala belakang rumah atau jambatan di Indonesia.

"Kita tidak mahu itu berlaku," katanya kepada media selepas Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) di Dewan Terbuka Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Sendayan, Sendayan, di sini, petang tadi.

Mohamad mengulas mengenai laporan media antarabangsa yang melaporkan tiga kampung di Kabupaten Nunukan, Kalimantan Utara, dikatakan kini termasuk dalam wilayah Malaysia susulan peralihan garisan sempadan antara kedua-dua negara.

Kelmarin, media melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan Malaysia menyerahkan 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di kawasan Nunukan berhampiran sempadan Sabah-Kalimantan.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata kerajaan akan mengarahkan jawatankuasa teknikal dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) untuk menjalankan kajian dan penilaian terperinci di lapangan, bagi membantu proses perundingan terbabit.

"Pengakhirannya nanti pemimpin kedua-dua buah negara akan membuat persefahaman dan persetujuan mengenai perkara ini," katanya.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau berharap projek pembinaan sekolah baharu di sekitar Sendayan dapat dilaksanakan bagi mengatasi masalah kesesakan murid dalam kelas di bangunan sekolah sedia ada.

Menurutnya, projek itu diharap dapat dibuat secara 'Turnkey' bagi mempercepatkan proses siap berbanding kaedah tender biasa yang memerlukan tempoh lebih panjang.

"Saya mohon pertimbangan khas agar projek ini dilaksanakan sebagai kes khas memandangkan masalah kesesakan sekolah yang sedang dihadapi.

"Bukan kita nak membelakangkan sistem kewangan ataupun perbendaharaan tetapi ini satu masalah yang dihadapi oleh penduduk di sini.

"Sekolah ini sahaja kapasitinya 800 orang dan terpaksa mengambil lebih 1,300 orang untuk tahun ini. Projek perumahan di Bandar Baru Sendayan ini juga akan dibuka lagi berfasa-fasa dan ini akan mengalami pertambahan pelajar di masa akan datang," katanya.

Sumber : harian metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2026 10:08 AM GMT+8 , Processed in 0.287786 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list