CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31439|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tak sangka kali terakhir lihat bayi itu menerusi panggilan video'

[Copy link]
Post time 27-1-2026 02:05 AM | Show all posts |Read mode
Tak sangka kali terakhir lihat bayi itu menerusi panggilan video'

Zuhainy Zulkiffli[email protected]





BAYI lelaki berusia enam bulan meninggal di sebuah rumah pangsapuri di Ayer Itam. FOTO Zuhainy Zulkiffli




Georgetown: Bayi lelaki berusia enam bulan meninggal di sebuah rumah pangsapuri di Ayer Itam, di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintendan Lee Swee Sake berkata, maklumat diterima pihaknya daripada orang awam pada jam 8.55 pagi.

Katanya, siasatan polis di tempat kejadian mendapati mangsa membabitkan bayi lelaki warga asing etnik Rohingya.

"Bayi itu didapati tidak sedar diri di atas katil dalam bilik tidur oleh ibu bapanya kira-kira jam 7 pagi.

"Pemeriksaan pada badan bayi itu mendapati tiada kesan jenayah.

Siasatan lanjut juga mendapati bayi itu mempunyai sejarah masalah kesihatan di bahagian paru-paru," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mengulas lanjut, Lee berkata, bedah siasat dijalankan di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP), hari ini.

"Hasil laporan bedah siasat juga mendapati tiada unsur jenayah dikesan pada badan bayi itu," katanya yang memaklumkan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Sementara itu, bapa saudara mangsa Muhamad Yunus, 32, berkata, dia tidak menyangka semalam menjadi kali terakhir dia melihat bayi itu menerusi panggilan video yang dibuat oleh bapa mangsa.

"Ia menjadi kebiasaan bagi kami membuat panggilan video untuk bertanya khabar dan bayi itu dilihat gembira sambil minum susu.

"Saya juga lihat dia baik-baik sahaja, tak sangka hari ini sudah tiada.

Saya bergegas dari Georgetown menaiki pengangkutan awam ke sini sebaik menerima khabar itu.

"Bayi berkenaan anak bongsu daripada dua beradik manakala bapa dan ibunya masing-masing berusia 30-an dan 20-an," katanya yang juga abang kepada bapa bayi itu.



Disiarkan pada: Januari 26, 2026 @ 9:37pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/01/1315684/tak-sangka-kali-terakhir-lihat-bayi-itu-menerusi-panggilan-video




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2026 06:34 AM GMT+8 , Processed in 0.332115 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list