CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 32174|Reply: 0

[Pulau Pinang] Gelandangan maut dipukul di medan selera

[Copy link]
Post time 27-1-2026 01:39 AM | Show all posts |Read mode
Gelandangan maut dipukul di medan selera

SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
26 Januari 2026 11:31pm





Anuar memberitahu, pihaknya menerima panggilan telefon daripada petugas Hospital Seberang Jaya pada kira-kira jam 7.30 malam, Ahad lalu.





BUTTERWORTH – Seorang lelaki gelandangan berusia lingkungan 60-an disahkan meninggal dunia di Hospital Seberang Jaya selepas dipercayai dipukul di Medan Selera Kampung Jawa di sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abd Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan telefon daripada petugas Hospital Seberang Jaya kira-kira jam 7.30 malam Ahad lalu, memaklumkan kematian seorang lelaki yang tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa merupakan seorang gelandangan dan telah dihantar ke hospital tersebut oleh ambulans pada Sabtu, kira-kira jam 2.48 pagi sebelum menerima rawatan di wad.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan penyakit jantung koronari.

“Bagaimanapun, mangsa turut mengalami patah tulang rusuk di bahagian kiri badan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Dalam perkembangan sama beliau berkata, seorang suspek berjaya ditahan oleh anggota dari Balai Polis Butterworth bagi membantu siasatan.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine. Kes disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah,” katanya.

Tambah beliau, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan kes, Asisten Superintenden Hasryman Osman di talian 04-576 2222 sambungan 2275 atau mengunjungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

https://www.sinarharian.com.my/article/765634/berita/semasa/gelandangan-maut-dipukul-di-medan-selera


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2026 06:34 AM GMT+8 , Processed in 0.034365 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list