CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32283|Reply: 0

[Pulau Pinang] Stor simpanan kayu di Stesen Kereta Api Bukit Mertajam terbakar

[Copy link]
Post time 27-1-2026 01:34 AM | Show all posts |Read mode
Stor simpanan kayu di Stesen Kereta Api Bukit Mertajam terbakar

SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
26 Januari 2026 11:38pm





Pasukan bomba sedang memadamkan kebakaran di lokasi kejadian dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 8.50 malam - Foto: Bomba




BUKIT MERTAJAM – Sebuah stor simpanan kayu terbuka di Stesen Kereta Api Bukit Mertajam di sini terbakar dalam satu kejadian pada malam Isnin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.10 malam sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Perda tiba di lokasi enam minit kemudian.


Menurutnya, kebakaran melibatkan stor simpanan kayu kelas C jenis terbuka dengan anggaran keluasan 50 x 50 kaki persegi.

“Anggaran kemusnahan kebakaran adalah kira-kira 30 peratus dan api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 8.24 malam,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.


Beliau berkata, operasi pemadaman dijalankan menggunakan konsep RECEO selepas penilaian awal dilakukan oleh pasukan bomba dengan kelengkapan perlindungan diri (PPE) lengkap.

“Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 8.50 malam sebelum kerja-kerja ‘overhaul’ dijalankan sehingga selesai.

“Operasi ditamatkan pada jam 9.20 malam,” katanya lagi.

Menurut beliau, seramai sembilan anggota bomba terlibat dalam operasi tersebut dengan bantuan sebuah jentera Fire Rescue Tender dari BBP Bandar Perda.

“Lokasi kejadian kemudiannya diserahkan kepada Pasukan Penyiasatan Kebakaran bagi tindakan lanjut, manakala Pusat Sehenti Pasca Insiden (PSPI) turut dilaksanakan bagi pengambilan maklumat serta pemberian khidmat nasihat berkaitan.


“Polis turut memberikan bantuan, manakala Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Padang Lalang, Berapit dan Bukit Mertajam juga terlibat dalam operasi.

Tiada kecederaan dilaporkan,” katanya.

https://www.sinarharian.com.my/article/765635/berita/semasa/stor-simpanan-kayu-di-stesen-kereta-api-bukit-mertajam-terbakar



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39920 Replies : 295
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 4039 Replies : 51
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 24480 Replies : 72
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54828 Replies : 1064
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18292 Replies : 19
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277109 Replies : 1518
PANAS!!!Adik Ipar  Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Burong_HantukPANAS!!!Adik Ipar Datuk Seri Mohamed Na
Views : 77023 Replies : 214
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28467 Replies : 128
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16291 Replies : 135
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13963 Replies : 16

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 09:36 AM GMT+8 , Processed in 0.238437 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list