CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 26877|Reply: 0

[Kedah] Lelaki melecur disimbah asid dipercayai akibat cemburu

[Copy link]
Post time 26-1-2026 09:00 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki melecur disimbah asid dipercayai akibat cemburu

Zuliaty Zulkiffli[email protected]





GAMBAR hiasan




Sungai Petani: Seorang lelaki melecur di muka, leher dan dada akibat disimbah asid di sebuah stesen minyak di Jeniang, Gurun di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, anggotanya dari Balai Polis Gurun menerima panggilan pada jam 3.15 pagi daripada seorang wanita yang memaklumkan mangsa yang berusia 36 tahun disimbah asid di lokasi kejadian.

Beliau berkata, mangsa yang juga pekerja kantin dan beralamat di Kampung Jeniang itu mengalami kecederaan melecur 11 peratus.

"Berikutan itu, polis berjaya mengesan dan menahan suspek berusia 36 tahun yang bekerja sebagai pemandu, pagi tadi.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai akibat cemburu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hanyan berkata, suspek akan direman pagi ini untuk membantu siasatan berhubung kejadian itu.

Beliau berkata, mangsa pula kini dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini untuk rawatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan, " katanya.



Disiarkan pada: Januari 26, 2026 @ 9:46am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/01/1315402/lelaki-melecur-disimbah-asid-dipercayai-akibat-cemburu




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2026 10:09 AM GMT+8 , Processed in 0.243755 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list