CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 26224|Reply: 1

[Dunia] Kuarantin Kata Hi:Thailand Perketat Saringan Di Lapangan Terbang Susulan Wabak Nipah yang berpotensi membawa maut di Bengal Barat, India

[Copy link]
Post time 26-1-2026 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 26-1-2026 09:02 PM

Thailand Perketat Saringan Di Lapangan Terbang Susulan Wabak Nipah



Pihak berkuasa kesihatan Thailand telah memperketatkan langkah kawalan penyakit di beberapa lapangan terbang utama susulan pengesahan wabak virus Nipah yang berpotensi membawa maut di Bengal Barat, India.

Jabatan Kawalan Penyakit Thailand (DDC) memaklumkan bahawa saringan kesihatan dipertingkatkan telah dilaksanakan di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Don Mueang dan Phuket, khususnya melibatkan penumpang yang tiba dari wilayah Bengal Barat.

Menurut kenyataan DDC pada Ahad, pegawai kawalan penyakit berjangkit antarabangsa kini menjalankan pemeriksaan lebih ketat terhadap penumpang masuk.

Ini termasuk pemeriksaan suhu badan dan penilaian kesihatan di lokasi bagi mereka yang menunjukkan tanda-tanda tidak sihat.

Penumpang yang didapati mengalami demam tinggi atau simptom yang disyaki berkaitan jangkitan virus Nipah akan dipindahkan ke fasiliti kuarantin khas untuk pemeriksaan lanjut mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Selain itu, semua penumpang yang tiba dari Bengal Barat akan diberikan Kad Amaran Kesihatan (Health Beware Card) yang mengandungi maklumat mengenai simptom virus Nipah serta langkah yang perlu diambil sekiranya jatuh sakit.

Antara simptom yang dikaitkan dengan virus Nipah ialah demam, sakit kepala teruk, sakit otot, sakit tekak, batuk, kesukaran bernafas, mengantuk, kekeliruan dan sawan.

Penumpang yang mengalami sebarang simptom dalam tempoh 21 hari selepas ketibaan dinasihatkan supaya mendapatkan rawatan perubatan dengan segera serta memaklumkan kepada petugas kesihatan mengenai sejarah perjalanan dan tarikh bermulanya simptom.

Orang ramai yang berasa tidak sihat juga diminta menghubungi talian hotline DDC di 1422, atau melaporkan simptom melalui kod QR yang disediakan pada kad amaran tersebut. Difahamkan, hotline beroperasi setiap hari dari 8 pagi hingga 8 malam.

Wabak nipah menular, amaran dan panduan perjalanan ke India dikeluarkan
Dalam pada itu, DDC turut mengeluarkan nasihat perjalanan kepada rakyat Thailand yang merancang untuk melancong atau menunaikan ibadah ke India.

Pelancong dinasihatkan supaya sentiasa mengikuti perkembangan kesihatan rasmi dan mengelakkan kawasan wabak kecuali jika benar-benar perlu.

Mereka juga perlu mengambil langkah berjaga-jaga dengan menghindari sentuhan dengan haiwan yang diketahui boleh membawa atau menyebarkan virus tersebut.

Buah-buahan perlu dibasuh dengan bersih sebelum dimakan, manakala tangan hendaklah dicuci menggunakan sabun selepas mengendalikan haiwan, daging atau bangkai. Ini terutamanya melibatkan kelawar, babi, kuda, kucing, kambing dan biri-biri.

Individu yang pulang dari India dan mengalami simptom seperti demam, sakit kepala, keletihan, batuk atau gangguan saraf dinasihatkan agar segera mendapatkan rawatan perubatan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2026 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Akibat kelawar di bengal baratkah? Ke ada babi? Lembu?


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2026 10:09 AM GMT+8 , Processed in 1.627249 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list