CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25825|Reply: 0

[Kedah] AKPS gagalkan cubaan seludup minyak diesel ke negara jiran guna lori rigid kargo

[Copy link]
Post time 26-1-2026 08:56 PM | Show all posts |Read mode
AKPS gagalkan cubaan seludup minyak diesel ke negara jiran guna lori rigid kargo

Zuliaty Zulkiffli[email protected]





Lori tambahan yang ditemui pada lori rigid kargo yang cuba menyeludup minyak diesel ke negara jiran. FOTO IHSAN AKPS




Bukit Kayu Hitam: Cubaan menyeludup keluar minyak diesel ke negara jiran menggunakan lori rigid kargo berjaya digagalkan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sini, malam tadi.

Ketua Bahagian Operasi Khas AKPS Bukit Kayu Hitam, Saiful Jefrey Razali berkata, kegiatan itu dikesan sekitar jam 10 hingga 11 malam apabila pegawai penguat kuasa AKPS bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjalankan pemeriksaan ke atas kenderaan asing yang memasuki kompleks berkenaan.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan lanjut mendapati lori berkenaan sudah pun diubah suai pada bahagian tangki simpanan bagi menyembunyikan minyak diesel.

"Pemeriksaan menyeluruh menemukan sebanyak 2,900 liter minyak diesel yang disembunyikan di dalam tangki ubah suai itu.

"Modus operandi ini dipercayai bertujuan untuk mengaburi pihak berkuasa dan menyeludup minyak diesel ke Thailand.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 6 Akta Petroleum (Jualan dan Pembekalan) 1987 kerana mengubah suai kenderaan bagi tujuan penyeludupan, serta Seksyen 64(1) akta yang sama bagi tujuan penyitaan kenderaan untuk siasatan dan tindakan lanjut, " katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Saiful Jefrey berkata, sebagai tindakan susulan, minyak diesel berkenaan kemudian dirampas manakala lori jenis rigid kargo itu turut disita.

Beliau berkata, anggaran nilai rampasan membabitkan minyak diesel adalah sebanyak RM8,352 manakala nilai lori dianggarkan RM60,000 menjadikan jumlah keseluruhan nilai rampasan sebanyak RM68,352.

"Operasi dan pemeriksaan ini dijalankan Pegawai Penguat Kuasa AKPS Bukit Kayu Hitam dengan kerjasama JPJ.

"Maklumat lanjut berkaitan individu, ejen atau syarikat yang terbabit masih dalam siasatan pihak JPJ dan agensi berkaitan.

"Rampasan ini membuktikan komitmen berterusan AKPS bersama agensi penguatkuasaan lain dalam memastikan pintu masuk dan keluar negara sentiasa berada dalam kawalan serta tidak disalah gunakan," katanya.

Saiful Jefrey berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba memperdaya agensi penguat kuasa melalui pengubahsuaian kenderaan bagi tujuan penyeludupan.

Beliau berkata, AKPS menegaskan akan terus memperkukuh kawalan dan penguatkuasaan di sempadan negara demi menjamin keselamatan, kedaulatan serta kepentingan ekonomi Malaysia.



Disiarkan pada: Januari 26, 2026 @ 9:17am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/01/1315389/akps-gagalkan-cubaan-seludup-minyak-diesel-ke-negara-jiran-guna-lori-rigid




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2026 10:09 AM GMT+8 , Processed in 0.044336 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list