CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25272|Reply: 0

[Pulau Pinang] Lima ditahan, ubat tradisional tidak berdaftar RM24 juta dirampas

[Copy link]
Post time 26-1-2026 08:42 PM | Show all posts |Read mode
Lima ditahan, ubat tradisional tidak berdaftar RM24 juta dirampas

Siti Aminah Mohd Yusof[email protected]





DR Fazilah menunjukkan sebahagian ubat tidak berdaftar dirampas yang dirampas. FOTO Auris Faqrurazzi




Bukit Mertajam: Jabatan Kesihatan Pulau Pinang menumpaskan sindiket pengilangan dan pengedaran ubat tradisional tidak berdaftar bernilai dianggarkan RM24 juta yang disyaki mengandungi racun berjadual dalam serbuan di kawasan perindustrian Simpang Ampat, Prai dan Juru di sini, hari ini.

Serbuan dijalankan oleh Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Pulau Pinang itu membabitkan 19 premis termasuk tiga kilang yang dipercayai mempunyai kaitan antara satu sama lain hasil risikan serta maklumat awam.

Pengarah Kesihatan Pulau Pinang Datuk Dr Fazilah Shaikh Allaudin berkata, hasil serbuan membawa kepada rampasan 88,000 produk ubat tidak berdaftar selain lebih 500 bungkusan bahan mentah serta lebih 23,000 produk separuh siap, 36 unit mesin dan dua peranti digital yang digunakan sindiket terbabit.

Beliau berkata, operasi yang dijalankan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri turut menahan lima individu berusia 34 hingga 60 tahun terdiri daripada tiga lelaki tempatan termasuk dua pekerja warga Bangladesh yang berada di premis berkenaan.

Katanya, produk dirampas pula kebanyakannya ubat tradisional Cina tidak berdaftar yang disyaki mengandungi racun berjadual seperti steroid, penisilin dan allopurinol, sekali gus melanggar Akta Jualan Dadah 1952 serta Akta Racun 1952.

"Kebanyakannya juga adalah jenis ubat penahan sakit misalnya untuk kegunaan penyakit gout selain ada ubat batuk, majun yang dijual pada harga serendah RM20 sekotak dan sebahagiannya turut dipercayai dieksport ke negara jiran.

"Perbuatan itu suatu kesalahan yang melanggar Peraturan 7(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12, Akta Jualan Dadah 1952," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Kementerian Kesihatan (KKM), Mohd Zawawi Abdullah mendedahkan kejayaan serbuan itu hasil risikan dijalankan sejak 2023 rentetan rampasan produk ubat-ubatan haram dilakukan PDRM di Pelabuhan Klang pada 2022.

"Kami memulakan risikan dan mendapati mendapati sindiket terbabit dipercayai beroperasi sejak 2020 hingga sekarang.

"Kilang menghasilkan ubat itu tidak memiliki lesen mengilang ubat berdaftar daripada KKM dan tanpa lesen itu pengusaha tidak boleh mengilang sebarang jenis ubat walaupun ubat tradisional," katanya.



Disiarkan pada: Januari 26, 2026 @ 5:19pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/01/1315615/lima-ditahan-ubat-tradisional-tidak-berdaftar-rm24-juta-dirampas




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2026 06:34 AM GMT+8 , Processed in 0.446150 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list