CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 25223|Reply: 3

[Pulau Pinang] Pengguna di SPU dan SPT diingatkan simpan air Rabu ini

[Copy link]
Post time 26-1-2026 08:31 PM | Show all posts |Read mode
Pengguna di SPU dan SPT diingatkan simpan air Rabu ini

Siti Aminah Mohd Yusof[email protected]





SERAMAI 26,000 pengguna di Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Selatan diingatkan menyimpan air dalam tempoh 24 jam berikutan kerja-kerja penyambungan akhir saluran paip menyeberangi Sungai Perai Kedua di Sungai Dua dijadual mengambil masa dua hari, bermula Rabu ini. FOTO PBAPP




Butterworth: Seramai 26,000 pengguna di Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Tengah (SPT) disaran menyimpan air bagi kegunaan 24 jam berikutan pelaksanaan kerja penyambungan Saluran Paip Menyeberangi Sungai Perai Kedua di Sungai Dua, di sini, bermula Rabu ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk K Pathmanathan berkata, walaupun kerja berkenaan tidak melibatkan gangguan bekalan air berjadual, pengguna diingatkan mengambil langkah berjaga-jaga dengan menyimpan air secukupnya sekiranya berlaku perkara tidak dijangka.

"Kawasan terlibat di SPU ialah Sungai Dua manakala SPT meliputi Alma, Bukit Mertajam, Bukit Minyak, Bukit Teh, Cherok Tokun, Kampung Baru, Kampung Kota, Kota Permai, Machang Bubok, Padang Lalang dan Penanti.

"Selain itu, penduduk di Permatang Pasir, Sungai Rambai, Taman Bukit, Taman Bukit Indah dan Taman Sentosa turut diingatkan mengambil langkah berjaga-jaga pada Rabu dan Khamis ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, pihaknya akan mengemas kini perkembangan kerja-kerja penyambungan paip itu melalui laman Facebook rasmi PBAPP dari semasa ke semasa.

Katanya, pengguna yang berdepan masalah berkaitan air dalam tempoh berkenaan boleh menghubungi Pusat Panggilan 24 jam PBAPP di talian 04-255 8255.



Disiarkan pada: Januari 26, 2026 @ 1:39pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/01/1315510/pengguna-di-spu-dan-spt-diingatkan-simpan-air-rabu-ini




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-1-2026 08:32 PM | Show all posts
@novelloverzz

x pasti rumah nov kena ke x
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2026 08:36 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 26-1-2026 08:32 PM
@novelloverzz

x pasti rumah nov kena ke x

termsk gak kaka
adoi lupa
tp x de tmpt nk simpan air kecuali mesin basuh



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2026 09:04 PM | Show all posts
novelloverzz replied at 26-1-2026 08:36 PM
termsk gak kaka
adoi lupa
tp x de tmpt nk simpan air kecuali mesin basuh

boleh je simpan dlm mesin basuh.
asalkan ada simpan kot2 air x masuk selepas 24 jam.
nov berdua dgn sulung je kan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2026 10:09 AM GMT+8 , Processed in 2.885310 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list