CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 25292|Reply: 4

[Pulau Pinang] Pengunjung bimbang, hakisan tebing pantai Batu Feringgi semakin teruk

[Copy link]
Post time 26-1-2026 03:35 AM | Show all posts |Read mode
Pengunjung bimbang, hakisan tebing pantai Batu Feringgi semakin teruk

Oleh Zuhainy Zulkiffli - Januari 25, 2026 @ 4:06pm





Pokok rhu berusia ratusan tahun turut tumbang akibat hakisan tebing pantai. Foto NSTP/ ZUHAINY ZULKIFFLI



GEORGETOWN: Kejadian tiga pokok rhu yang tumbang di pesisir pantai di Batu Feringgi, di sini, membimbangkan pengunjung dan masyarakat berhampiran mengenai keselamatan serta hakisan tebing.

Difahamkan satu daripada pokok itu tumbang empat hari lalu manakala dua lagi kejadian berlaku kira-kira jam 5 pagi semalam.



Difahamkan juga, pokok rhu berkenaan berusia hampir ratusan tahun itu dianggarkan berukuran setinggi 150 meter.

Tinjauan mendapati kesemua pokok berkenaan tumbang dari tebing kawasan berhampiran hotel, merentangi pesisir pantai sekaligus memutuskan laluan berkenaan.

Terdapat beberapa kakitangan dari Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) yang bertindak memasang pita bagi menghalang orang ramai menggunakan laluan berhampiran tebing itu.

Kira-kira 200 meter dari lokasi berkenaan, berlaku kejadian yang sama membabitkan beberapa pokok kelapa bersaiz kecil ketika pengunjung berkelah serta mandi di pantai berhampiran.



Pengunjung dari Kepala Batas, Mohd Shahril Mohd Subri, 42, berkata, keadaan pesisir pantai juga semakin dekat tambahan pula terdapat guni pasir yang berselerakan di situ.

"Di sini adalah lokasi ikonik bagi pelancongan negeri namun pantainya sudah merapat dengan laut, sepatutnya pihak berkaitan perlu selesaikan secepat mungkin bagi keselesaan pengunjung," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.​

Sementara itu, pelancong warga Australia Marrie Anne, 50, berkata, kali terakhir dia datang ke Pantai Batu Feringgi ialah pada 2013 dan menginap di hotel yang sama iaitu hanya beberapa meter dari lokasi hakisan tebing.



"Saya kembali semula ke sini kerana keindahan pantainya namun terkejut lihat kejadian ini yang memusnahkan sebahagian tebing.

Saya kehilangan kata-kata, cuma berharap ia dapat dibaik pulih segera," katanya yang juga seorang guru.

Bagi operator sukan air, Khairul Izdihar Ismail, 36, berkata, kejadian hakisan tebing pantai sudah berlaku sejak beberapa tahun lalu namun keadaannya semakin buruk.



"Pondok tempat kami beroperasi juga sudah semakin hampir dengan tebing yang runtuh dan jika keadaan ini berterusan serta makin buruk, kami tidak tahu mahu berpindah ke mana lagi," katanya.

Sebelum ini, dilaporkan kejadian hakisan tebing dalam tempoh kira-kira lima tahun lalu.

Menara Tinjau Angkatan Pertahanan Awam (APM) turut tumbang pada Januari 2022 akibat tebing runtuh dan kerja mitigasi fasa dua mula dirancang bagi memperbaiki kawasan yang terjejas.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2026/01/1501255/pengunjung-bimbang-hakisan-tebing-pantai-batu-feringgi-semakin-teruk





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-1-2026 03:36 AM | Show all posts
Pokok kelapa turut tumbang selepas tebing di Pantai Batu Feringgi runtuh akibat hakisan. Foto NSTP/ ZUHAINY ZULKIFFLI
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2026 03:37 AM | Show all posts
Mohd Shahril Mohd Subri. Foto NSTP/ ZUHAINY ZULKIFFL
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2026 03:37 AM | Show all posts
Marrie Anne. Foto NSTP/ ZUHAINY ZULKIFFL
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2026 03:38 AM | Show all posts
Khairul Izdihar Ismail. Foto NSTP/ ZUHAINY ZULKIFFLI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2026 10:09 AM GMT+8 , Processed in 1.049161 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list