CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13182|Reply: 0

[Johor] Sindiket ubah suai lori tumpas, 32,000 liter diesel dirampas.

[Copy link]
Post time 25-1-2026 08:52 AM | Show all posts |Read mode

Anggota KPDN Johor memeriksa sebuah kilang yang disyaki melalukan penyelewengan diesel di Kulai semalam. FOTO Ihsan KPDN JOHOR

Kulai : Taktik sindiket penyelewengan minyak diesel mengubah suai tangki lori bagi mengumpul bekalan secara berlebihan terbongkar selepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor merampas 32,000 liter diesel bernilai RM300,0000 dalam serbuan di sebuah kilang di sini semalam.

Pengarah KPDN negeri, Lilis Saslinda Pornomo berkata, operasi penguatkuasaan itu dijalankan sepasukan anggota penguat kuasanya melakukan risikan selama beberapa hari ke atas premis berkenaan.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati terdapat dua skid tank berisi minyak diesel, skid tank kosong serta lori yang didapati mempunyai tangki diubah suai, dipercayai bagi membolehkan pembelian dan penyimpanan minyak diesel dalam kuantiti berlebihan.

"Sindiket mengubah suai tangki lori untuk membeli minyak diesel secara berulang kali di sebuah stesen minyak berhampiran sebelum disimpan di premis kilang terbabit.

"Pemeriksaan lanjut turut menemui transaksi pembelian mencurigakan membabitkan lori yang diubah suai, justeru tindakan penguatkuasaan turut diambil terhadap stesen minyak yang disyaki terbabit dalam aktiviti penyelewengan berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Lilis Saslinda berkata, lori, tiga skid tank serta beberapa peralatan lain yang dipercayai digunakan bagi tujuan penyelewengan dirampas dalam serbuan itu.

Katanya, kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana disyaki memiliki atau mengawal barang kawalan dalam keadaan yang menimbulkan syak munasabah berlakunya kesalahan.

Sumber : harian metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2026 06:33 AM GMT+8 , Processed in 0.185864 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list