CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 248|Reply: 0

Meta mula padam akaun remaja bawah 16 tahun di Australia: Laporan

[Copy link]
Post time 5-12-2025 01:47 PM | Show all posts |Read mode


MOSCOW: Gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS) Meta telah mula memadam akaun remaja Australia berusia bawah 16 tahun di platform media sosialnya pada Khamis, lapor Sputnik/RIA Novosti yang memetik media Australia.

Kerajaan Australia merancang untuk melarang penggunaan platform media sosial popular, termasuk Snapchat, TikTok, YouTube, Reddit, Twitch dan X, bagi kanak-kanak bawah 16 tahun mulai 10 Disember.

Syarikat media sosial yang gagal memadam akaun milik pengguna bawah 16 tahun berdepan denda sehingga AU$49.5 juta (US$32 juta).

Walaupun undang-undang itu hanya berkuat kuasa secara rasmi pada 10 Disember, Meta telah mula memadam akaun Instagram, Facebook dan Threads pada 4 Disember, lapor penyiar ABC.

Semakin banyak negara mengambil langkah untuk mengehadkan pengaruh media sosial terhadap generasi muda.

Denmark, Perancis, Sepanyol, Greece, Indonesia dan Turkiye dilaporkan sedang menimbangkan sekatan umur mandatori bagi pengguna media sosial.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 11:32 AM GMT+8 , Processed in 0.285007 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list