CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 714|Reply: 4

[DRAMA MELAYU] TV3 - JIKA ITU SALAHKU 9PM SETIAP JUMAAT & SABTU [ALVIN CHONG, SOPHIA ALBARAKBAH]

[Copy link]
Post time 7-11-2025 07:51 AM | Show all posts |Read mode




Nantikan drama 'Jika Itu Salahku' adaptasi daripada novel 'Bukan Salahku' karya Liza Nur akan mengisi slot Lestary TV3 bermula 17 Oktober ini, pada setiap Jumaat dan Sabtu pukul 9 malam. Drama 13 episod diterbitkan oleh Global Station dibawah arahan Riza Baharudin. Menampilkan Alvin Chong dan Sophia Albarakbah sebagai pelakon utama.


Jika Itu SalahkuEpisod: 13
Tarikh Tayangan: 17 Oktober 2025
Waktu Siaran: Jumaat & Sabtu, 9:00 malam
Rangkaian: Lestary TV3 / Tonton
Penulis Skrip: Liza Nur
Pengarah: Riza Baharudin
Produksi: Global Station Sdn Bhd


Watak Pelakon
Sophia Albarakbah sebagai Asyiqeen (Ash)
Alvin Chong sebagai Ashraff Ivan Tang
Saidah Kamarudin sebagai Pia
Shamsul Ghau Ghau sebagai Daud
Fadilah Mansor sebagai Mak Tok
Steve Yap sebagai Alex Tang
Ziela Jalil sebagai Melissa

Iman Suhana sebagai Zara
Adam Malek sebagai Aazad
Asheeqa Maleeyka sebagai Balqis
Norzaleha Iman sebagai Balqis


Lagu Tema (OST)
Tajuk: Mengejar Bintang
Penyanyi: Kai Deva
Komposer: Sharon Paul
Lirik: Sharon Paul & Shah Shamsiri


Sinopsis Jika Itu SalahkuMenyelami perjalanan dua insan Asyiqeen dan Ashraff Ivan Tang yang mencari makna cinta, agama dan keikhlasan dalam kehidupan.


Asyiqeen dibesarkan tanpa bimbingan agama, belajar mengenal kehidupan dalam serba kekurangan dan penderitaan. Sejak kecil, dia memikul tanggungjawab menjaga adiknya, Balqis, yang menghidap sindrom Down sambil menahan penderaan fizikal dan emosi daripada neneknya, Mak Tok (Fadilah Mansor). Namun, sebuah tragedi mengubah segalanya dan menjadi titik tolak kepada perjalanan rohani yang mendalam buat dirinya.


Pertemuannya dengan Ashraff Ivan Tang, lelaki kacukan yang hidup bebas tanpa panduan, membuka lembaran baharu dalam kehidupan Asyiqeen. Dari perbezaan latar belakang itu lahir rasa cinta yang halus dan tulus, menguji keteguhan iman serta prinsip kedua-duanya.


Persoalannya, mampukah dua jiwa ini benar-benar bersatu di atas dasar keikhlasan, atau akhirnya tunduk kepada perbezaan agama yang memisahkan?


Sinopsis Bukan SalahkuDia pernah melarikan diri dari tanah airnya daripada luka dan kenangan. Tetapi kini, demi seorang anak kecil dia harus pulang.


Adib, enam tahun, menjadi yatim piatu dalam sekelip mata. Dalam wasiat terakhir ibunya, satu nama tertulis sebagai penjaga. Asyiqeen, sahabat lama yang kini menetap jauh di Melbourne.


Dilema Asyiqeen bermula. Tinggalkan karier berjaya, kehidupan selesa dan Ivan Obaydin, lelaki yang pernah mengisi ruang hatinya, tetapi tidak pernah memahami jiwanya. Ivan belum kenal dunia yang digenggam Asyiqeen; agama, prinsip dan pengorbanan.


“Memang aku cintakan dia. Tapi nasib aku selalu malang. Kami tak mungkin bersama sebab kami terlalu berbeza. Aku tak sanggup lepaskan pegangan aku kerana dia.” – Asyiqeen


“Aku akan berubah untuk kau. Kalau kau nak aku fahami budaya kau, aku akan cuba faham. Kalau kau nak aku percayakan Islam, aku akan percaya. Kalau kau rasa dengan cara ni kita boleh bersama, aku akan ikut semua yang kau nakkan.” – Ivan


Bila amanah dan cinta berselisih jalan, hanya satu perkara yang akan menentukan semuanya – hati yang benar-benar ikhlas.


cc myinfotaip

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-11-2025 08:36 AM | Show all posts
dah tgk beberapa epi, best pula citer nih
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2025 09:47 AM | Show all posts
Comel piah barkoba & alvin chong dlm citer ni, seswaii. best drama ni tapi tu lahh jenuh nak menunggu 2hari semggu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2025 01:38 PM | Show all posts
budak iqra' kelas 1
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2025 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak de ke layan cerita Salju Rindu Dibumi Auckland.. best giler ah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
akku
kuku78644akku
Views : 505 Replies : 0
akku
kuku78644akku
Views : 1415 Replies : 0
Pesta Guan Gong: Jalur  Gemilang,bendera Thailand, Vietnam turut dikibarkan
AbahmungPesta Guan Gong: Jalur Gemilang,bendera
Views : 21555 Replies : 53
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 44428 Replies : 29
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 45218 Replies : 51
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55662 Replies : 1082
Update : Majlis Nikah Diceroboh, Bekas Suami Kongsi Perkara Sebenar ...Nurin Alisa  Terjah Majlis Nikah Bekas Suami di Masjid Serah Saman Nafkah Tertunggak Depan Muka
YgBenarUpdate : Majlis Nikah Diceroboh, Bekas S
Views : 11576 Replies : 216
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 201595 Replies : 4026
Perang nuclear? Wat to do? lindungi diri, kurangkan radiasi, stay alive.
TTun_TejaPerang nuclear? Wat to do? lindungi diri
Views : 28518 Replies : 3
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 19475 Replies : 44

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2026 05:03 AM GMT+8 , Processed in 0.830627 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list