|
View: 3188|Reply: 32
|
Lelaki usaha cari kekasih lama demi bayar semula hutang 25 tahun lalu
[Copy link]
|
|
|
SEORANG lelaki menarik perhatian ramai selepas tampil di media bagi mencari bekas kekasih lamanya untuk membayar wang yang dipinjam lebih dua dekad lalu.
Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Li menghubungi sebuah stesen televisyen yang terkenal dengan program kerana membantu menyelesaikan masalah masyarakat biasa.
Menurut Li, dia dan bekas kekasihnya yang dikenali sebagai Ma mula berkenalan pada 1991 ketika mereka bekerja di syarikat yang sama.
Pada waktu itu, Li berusia 23 tahun manakala Ma berusia 25 tahun dan sudah bercerai serta mempunyai seorang anak daripada perkahwinan terdahulu.
Mereka menjalinkan hubungan cinta selama lapan tahun, namun terpaksa berpisah secara baik apabila bapa Li menghidap kanser dan meminta dia pulang ke kampung untuk menjaga keluarga serta berkahwin dengan wanita pilihan keluarga.
Kejadian dilapor berlaku di wilayah Anhui di timur China.
Selepas berpisah, Li meneruskan kehidupan seperti biasa sehinggalah pada 2001, dia menghadapi masalah kewangan ketika mahu menubuhkan sebuah syarikat kecil.
Ketika itu, Ma membantu tanpa ragu-ragu dan meminjamkannya wang sebanyak 10,000 yuan (RM6,600), satu jumlah yang besar pada masa itu memandangkan purata pendapatan bulanan rakyat China masih rendah.
“Tanpa berfikir panjang, dia terus memindahkan wang itu kepada saya. Jika bukan kerana bantuannya, saya tidak mungkin berjaya menubuhkan syarikat tersebut,” kata Li.
Namun, tidak lama selepas itu, Li kehilangan telefon bimbitnya dan sejak itu dia tidak lagi dapat menghubungi wanita tersebut.
“Saya menyesal selama bertahun-tahun kerana tidak sempat membayar semula wang itu. Saya cuma mahu pulangkan hutangnya,” ujar Li.
Ketika pasukan media menjejaki alamat lama Ma di wilayah Henan, kawasan perumahan setinggan tempat wanita itu tinggal dahulu telah dirobohkan dan digantikan dengan pangsapuri moden.
Pegawai komuniti tempatan memaklumkan bahawa mereka telah menjalankan siasatan awal, namun tidak berjaya mengesan Ma atau keluarganya, dipercayai kerana mereka telah berpindah sejak sekian lama.
Li yang kini sudah berkahwin dengan wanita lain memberitahu bahawa isterinya menyokong penuh usaha mencari Ma, malah tidak cemburu dengan niat tersebut.-Agensi
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
isteri li tu biar betul kak? ko agree jer laki tu nak g cari balik exgf? kang depa rekindle old romance kang, how? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
bagus niat laki tu, nak bayar balik hutang...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
bagus la ingat nak bayar utang.
exbf aku x byr utang sampai ujung nyawa. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
banyak ke hutang exbf kau tu
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by pengecatbintang at 5-11-2025 10:27 AM
laki China x sama ngan tipikal laki Melayu
laki Melayu ni selalu baik ada makna
pasal terhutang budi
bangsa Cina ni mmg kenang sapa yg penah tolong dia dulu
tak mcm bangsa kita melayu
selalu lupa mereka yg bantu n naikkan kita dulu
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ni aku dengar banyak kisah bangsa cina mEsia ya
nak pi blajar oversea
pinjam ngan Uncle ratus ribu
bila abis blaja
keje sungguh2 kumpul duit
duit yg kumpul tu standby
bila Uncle mintak balik trus bayar
kalo bangsa kita Melayu
banyak yg buat2 lupa bayar utang
melancong ke sana kemari
beli kete mahal2
utang x bayar
termasuk utang PTPTN
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ni banyak citer aku dengar
kuar ngan lelaki cina
lelaki cina bayor
kuar ngan lelaki melayu, sama ada :
1. bayar sendiri2
2. pompuan yg bayor
3. laki yg bayor
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
xbyk..xsampai 10k pun. masa masih bernyawa dia mampu jer nak bayar tapi aku xtau la kenapa dia xnak bayar sampai malaikat maut jemput dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ex bf aku xmau cr aku ka byr utg masa kapel dulu2 kala (23thn lps) |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
oh make sense juga. entahlah, iols terpengaruh citer2 masalah rumahtgga kat threads tu kot. 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Skuau at 5-11-2025 12:21 PM
pengecatbintang replied at 5-11-2025 10:24 AM
laki China x sama ngan tipikal laki Melayu
laki Melayu ni selalu baik ada makna
dan cina.....bila dia bg ko sesuatu....INGAT....itu 1 HUTANG....yg TIBER jer dia ungkit bila ko tak nak/tak boleh/tak sanggup/tak mampu 'bagi apa yg dia nak/minta'..hati hatila...bila cina nak memberi..... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
BoongaKertas replied at 5-11-2025 09:32 AM
isteri li tu biar betul kak? ko agree jer laki tu nak g cari balik exgf? kang depa rekindle old roma ...
Wifenya husnuzon kut,lakinya cuma nk bayar hutang kat gf lama,ataupon dia x pikir jauh apa yg bakal jadi lepas lakinya ngan x gf berjumpa,kita doa yg baik2 jelah |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
bagus dia ni.. still nak bayar hutang walaupun berpuluh tahun... bagi 2 kawan akak, ketika hidup, pinjam duit tak bayar... bila minta bayar kena marah.. mcm kita pulak yg pinjam... bila dah arwah.. akak redha dan halalkan je la.. semoga arwah kawan2 akak ni ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan tenang di sana. Al-Fatihah.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
tulah, diorng kan jenis x kisah laki tu ada pompuan simpanan for as long as provide monthly duit ckup kan? jiran meols yg ckp mcm tu
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
baik btl. hakak takut plot twist aje. helok bila dah jumpa dia kira siap interest skali. barula ko nak mati pun tak tenang  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kita yg islam ni pun kalau berhutang, mati syahid pun terhalang masuk syurga. Lagi pulak yg sengaja tak nak bayar padahal mampu. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
mcm kes penjamin mara/jpa.. ksian kpd penjamin, sbb org mcm ni nama penjamin di blacklist dan anak2 penjamin pon xde peluang utk dpt loan/biasiswa pendidikan
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
akuMNdia: xbyk..xsampai 10k pun. masa masih bernyawa dia mampu jer nak bayar tapi aku xtau la kenapa dia xnak bayar sampai malaikat maut jemput dia.
dia meninggai sebab apa sis? meninggai muda lagi ke? dan dia berhutang sebab apa? sis halalkan tak?
haa sile jawab semua ekekee. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|