|
View: 841|Reply: 7
|
[Politik]
Muhyiddin tidak lagi menunjukkan kepimpinan berasaskan adab, ilmu - Saifuddin
[Copy link]
|
|
|
Nurhanim Osman
[email protected]
Oktober 27, 2025 @ 1:05pm
Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah, mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin melepaskan jawatannya sebagai Presiden BERSATU dengan mendakwa bekas Perdana Menteri itu sudah kehilangan kualiti kepimpinan yang pernah dimilikinya sebelum ini.
Menurut Saifuddin, Muhyiddin didakwa tidak lagi menunjukkan ciri kepimpinan berasaskan adab, ilmu dan kemahiran seperti ketika awal menubuhkan parti berkenaan.
"Pokoknya, dia (Muhyiddin) sudah hilang kualiti kepimpinan. Dia tidak lagi Tan Sri Muhyiddin yang kita kenal sebelum ini," katanya kepada BH, sambil mengesahkan beliau dan beberapa lagi ahli BERSATU membuat satu kenyataan terhadap desakan itu.
Saifuddin turut mempersoalkan cara Muhyiddin menguruskan kepimpinan tertinggi parti yang disifatkannya tidak lagi inklusif, termasuk kegagalan mengadakan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).
"Dia tak panggil mesyuarat MPT, bagaimana nak bincang? Dia tak dapat cari menantu dia, bagaimana kita nak cari dia?" katanya.
Selain mendesak Muhyiddin berundur, Saifuddin turut meminta dua pemimpin utama parti iaitu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Tun Faizal Ismail Aziz melepaskan jawatan masing-masing.
Beliau mendakwa, Naib Presiden BERSATU, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang dilantik semula ke jawatan parti, turut perlu menyelesaikan dua isu utama yang menjejaskan kredibilitinya.
"Azmin ada dua perkara. Pertama, dia harus selesaikan dulu isu video dia. Kedua, dia kini menjadi terlalu autokratik. Contohnya, baru-baru ini dia keluarkan surat yang bersifat drakonian," katanya.
Sementara itu, beliau juga menyifatkan Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal, gagal menjalankan peranan sebenar dalam menyampaikan maklumat parti, sebaliknya lebih menonjol sebagai 'ketua provokasi'.
"Tun Faisal tidak menjalankan tugas sebagai Ketua Penerangan. Dia lebih kepada ketua provokasi. Lihat sahaja posting-posting dalaman dia, ramai ketua bahagian boleh sahkan," katanya.
Mengulas lanjut, Saifuddin menegaskan bahawa desakan yang dibuat beliau dan beberapa pemimpin lain bukan bertujuan menjatuhkan parti, sebaliknya bagi menyelamatkan BERSATU daripada terus terjejas akibat kepimpinan sedia ada.
"Apa yang kita lakukan ini tidak menyalahi perlembagaan. Kami bukan mahu mencemar parti, tapi mahu menyelamatkannya daripada mereka yang sedang mencemarkan parti," katanya.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 27-10-2025 03:41 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Lagi lama kurang jadi pembangkang, lagi Mantop Mantul Mantat |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kikiki..padan muka Abahcow dgn Jemin..kan dh kena karma..dulu sape suruh korang khianat tebok atap kann..
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Suchi at 28-10-2025 07:31 AM
Parti yang dibina atas pengkhianatan dan dipenuhi dengan mereka yg khianat dengan parti memasing sblm ini.
Saifuddin ni pun sama dulu kawan iols kemahen puji dia masa zaman dia masih dgn umno dulu laaaa konon dia nih berbeza dgn munteri2 BN yg lain tu
Yaa memang berbeza sangatlaaaa
Apa2 jadi kat parti bunga ni takda yg mengejutkan kalau dah dr presiden sampai ke ahli2 semuanya pengkhianat dan bermuka talam takda kepelikan pun bila memasing khianat pula sesama sendiri gitulah sampai abang jamil ditalkinkan.
Memasing bukan ikhlas pun sesama sendiri
Ingat dalam politik tidak ada kawan yang selamanya kekal jadi kawan dan tidak ada musuh yang selamanya jadi musuh yang kekal cumalah kepentingan dan matlamat peribadi.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Siapa yang keluarkan statement ni saifuddin ke atau wife saifuddin? Wife dia kan over juga mcm rosmah. Dulu satu kem dengan azmin, now azmin pun dia nak singkirkan. Begitulah resmi pengkhianat, akan sentiasa mengkhianati orang |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Azam Baki tersenyum sinis..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|