CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8667|Reply: 113

"Pakai tudung tapi mulut asyik mengumpat, terpaling ahli syurga", Rita rimas ditanya bab bertudung

[Copy link]
Post time 28-6-2025 11:05 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 29-6-2025 03:52 AM

PELAKON Rita Rudaini menyelar sikap segelintir individu yang suka menghakimi kehidupan orang lain dan berterusan mengkritik penampilannya yang tidak berhijab dan serta menutup aurat sepenuhnya.

Ujar Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar, 49, manusia khususnya golongan ibu bapa tidak seharusnya terlalu cepat menghukum orang lain hanya berdasarkan luaran seseorang.


“Inilah realiti segelintir ibu bapa ulul albab (sekolah) yang rasa diri terpaling suci dan ahli syurga.

“Hina orang nombor satu, lebih baik buka tudung itu. Merekalah pemegang kunci syurga layaknya, asyik kira dosa orang,” katanya dalm Instagram Story.

Tegas pelakon Mami Jarum Junior itu, memakai tudung tidak wajar dijadikan topeng malah bukannya lesen untuk menghina atau mengumpat orang yang belum menutup aurat dengan sempurna.

“Pakai tudung pun buat apa mak cik, kalau mulut itu asyik mengumpat orang.

“Terpaling tudung labuh ibu bapa ulul albab ni,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, ada wanita mempersoalkan tindakan Rita yang masih belum bertudung, selain mempertikai bagaimana aktres itu akan menjelaskan kepada anak-anak tentang penampilan sebegitu kelak.

Tidak berdiam, ibu tunggal dua anak itu memilih untuk membalas secara sinis dengan menyindir sikap sesetengah individu, khususnya golongan ibu bapa yang menyangka diri lebih baik daripada orang lain.

Reaksi Aktres Pembantu TV Popular, Anugerah Bintang Popular ke-36 (ABP36) itu turut mengundang sokongan ramai pengikutnya yang menganggap tindakan tersebut sebagai wajar dan tepat pada masanya. – HIBGLAM.

Single Polls, Total 107 Users voted

Count down: 783 Days15 Hours13 min.

Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2025 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by red_velvet at 29-6-2025 08:32 AM

Aku ni kan tak baik mana jugak.. Tapi bila orang tegur benda yang betul  tu terima n diam je lah walaupun ko belum rasa nak berubah. Tutup aurat 1 perkara, mengumpat pulak 1 perkara yang lain. Air dengan minyak tak boleh bercampur.. Takkan kat Mizan esok kalau Allah Tanya ko nak jawab macam ni jugak. Just diam je la bila orang nasihat benda2 baik.. Anggap la itu satu doa utk ko... . Ni orang kecam ko meroyan, orang tegur elok2  pun ko meroyan. Bila nya nak berenti meroyan?? Takkan sampai nazak esok pun nak meroyan jugak.. Pikir la juga maruah anak2 yang dah meningkat remaja tu sebelum menjawab apa2 kat socmed ni...
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2025 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Lama tak nampak dia berlakon
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2025 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Subhanallah..cantik sungguh dia dlm gambar ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2025 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Cer tengok sheila majid bertahun2 jadi hajah takde dia memekak pasal tudung. Dian p ramlee masa kerja ada kalanya watak tak pakai tudung. Tapi irl dia bertudung. Takdelah dia nak bising pasal tudung ni. Orang pun tak hencap.


Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2025 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh buat kategori baru: artis terpaling freehair.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-6-2025 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Masalahnya peel n mulut hang pun sama hauk. Hang plak yg duk judge org sana sini. Dgn rakan retis, dgn makpak mertua, dgn cikgu sekolah anak. Asikla nk meroyan
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2025 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Kdg2 hidayah tu boleh dtg drp anak2 walaupun mula2 mcm terpaksa ..mcm Madammu tu ,dia cerita dia terdetik nk pakai tdg  sebab  anak dia ahmadi tu sek agama ,dia kesian kt anak dia .pelan2 dia cuba walau tak lah sempurna.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2025 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak de org kisah pasal ko sebenarnya
Ko je meroyan tak habis2
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2025 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
pauliza replied at 28-6-2025 11:49 PM
Kdg2 hidayah tu boleh dtg drp anak2 walaupun mula2 mcm terpaksa ..mcm Madammu tu ,dia cerita dia ter ...

Betul tu kwn iols dr bsinglet berskirt pendek, tetiba pakai sopan btudung, habis dilantingnya baju2 seksi. Malu katanya anak masuk sekolah agama dia rupa gitu
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2025 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Meols setuju 200% je stetmen ritrud ni.

Cumakan yg dah pegi haji tu kalau xde perubahan ke arah lebih Islamik tu rugi besar lah. Nak tgu turn pon 1 hal. Nak kumpul duit pon 1 hal. Rezeki pegi haji tu pon 1 hal.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2025 12:46 AM From the mobile phone | Show all posts
pauliza replied at 28-6-2025 11:49 PM
Kdg2 hidayah tu boleh dtg drp anak2 walaupun mula2 mcm terpaksa ..mcm Madammu tu ,dia cerita dia ter ...

sama macam aku laaa .... .
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2025 01:01 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau dia tak merentan psl tudung aurat semua ni rasanya netz pun takde lah gila2 gasak2 psl bab tu..

dah mmg betul teguran tapi lagi elok hang diam je kak oii
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2025 01:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Jgn lah ambik contoh yg mulut hansuang mcm akak.

Cer compare dgn Hajjah Bungkus ke... patuh kat suami... atau ND kihkih...
berlambak lagilah yg elok yg boleh compare.
Yg jahat jugak nak di compare.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2025 01:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by phoenix_panik at 29-6-2025 01:19 AM

umur dah dkt 50 tahun ni elok dah berusaha nak menutup aurat..
rasanya RR ni kalau bertudung molek je rupa
sb tgk dia berlakon dulu² bertudung ok je
nampak kemas elok je

so, bolehlah slow slow berhijrah
kita wanita islam kan
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2025 01:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Lagi di sebut2 lagi lah orang tu taknak pakai...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2025 01:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi betul lah tu. Nak jadi mak terpaling active dalam persatuan sekolah anak kan? Anak tu pulak aliran ulul albab. As usual, acik rita sejenis tak boleh ditegur. Semua orang yang tak sependapat nak dibuat musuh
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2025 01:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Apasal defensive? Kalau perkara yg baik org tegur ko melenting, itu makna nye ko ego.. tu jerr. Ko nk tegak benang yg basah sebenarnya kan?
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2025 02:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Org tegur soal hukum agama,benda btl. Lg mau merentan makjan ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2025 03:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia mufti Perlis pun dia nak sanggah
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2025 06:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Sweet qismina yg muda pun lagi pandai jwb drpd si tua ritrude ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18280 Replies : 18
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277109 Replies : 1518
PANAS!!!Adik Ipar  Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Burong_HantukPANAS!!!Adik Ipar Datuk Seri Mohamed Na
Views : 77023 Replies : 214
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28467 Replies : 128
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54759 Replies : 1063
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16291 Replies : 135
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13963 Replies : 16
Selamatkan guru elak terjerat hutang dan bankrap
langkahkaki4525Selamatkan guru elak terjerat hutang dan
Views : 15389 Replies : 6
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 24369 Replies : 71
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3931 Replies : 50

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 08:38 AM GMT+8 , Processed in 2.425470 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list