CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1007|Reply: 2

Fouziah Gous Bertudung Bukan Sebab Suami

[Copy link]
Post time 20-10-2022 05:54 PM | Show all posts |Read mode
Enggan berlagak ‘Tuhan’ dan membuta tuli mencampuri isu melibatkan agama, pelakon dan usahawan, Datin Fouziah Gous memilih pendekatan untuk tidak menghakimi mana-mana pihak.


Pemilik nama lengkap, Nor Fouziah Mohd. Gous itu berkata, setiap manusia tidak akan pernah mampu lari daripada melakukan kesilapan baik yang berkopiah, bertudung atau mereka yang belum terbuka hati menutup aurat dengan sempurna.


Foto: IG




“Saya tak rasa orang yang tak pakai tudung semua itu jahat atau tiada niat nak jadi baik dan saya tak rasa fizikal (apa yang mereka pakai) melambangkan peribadi mereka.


“Kita tak tahu, entah-entah mereka lebih baik daripada kita. Kadang-kadang, seseorang itu ‘bising’ (loud) tapi di belakang, mereka lebih baik daripada apa yang kita nampak.


“Bagi saya secara peribadi, iman kita tidak perlu terbantut disebabkan orang lain. Macam saya pakai tudung sebab Allah bukan orang bahkan bukan sebab suami saya,” katanya kepada Kosmo! Online.




  



Diminta pandangan tentang isu melibatkan segelintiir golongan agama yang tersepit dalam kes mahkamah, Fouziah, 40, lebih selesa mengambil pendekatan tidak terlalu menempel mahupun melontarkan pendapat.


Menurutnya, lebih baik meletakkan fokus kepada perkara yang lebih memberi manfaat kepada diri, orang tersayang dan masyarakat daripada terlalu sibuk mencanang aib orang lain dalam gelanggang media sosial.


  



“Jangan kerana seorang dua, kita nak salahkan agama. Saya tak suka hakimi orang dan sampai sekarang saya percaya, selagi kejahatan seseorang itu saya tak nampak atau rasa, pasti ada kebaikan dalam diri mereka yang kita boleh kenang.


“Selagi tak menyusahkan atau berhutang dengan saya misalnya, saya tak nak campuri urusan mereka. Baik kita jaga kita.


  



“Saya pun sekarang tengah nak istiqamah bukan dari segi percakapan dan pakaian sahaja bahkan dari segi amalan juga.


“Tanya diri kita sama ada kita jaga tak mak ayah, keluarga dan orang susah di sekeliling kita. Saudara-mara perlu bantuan, kita tolong atau sebagainya. Itu yang kita kena fokus.


“Daripada nak pening pasal orang lain atau kata netizen, baik kita salurkan bantuan buat mereka yang memerlukan terutama darah daging sendiri,” tuturnya.


  



  





Fouziah yang merupakan isteri kepada usahawan, Datuk Mohd. Zhafran Md Yusof mula berhijab penuh sejak 2018.


Sejak kebelakangan ini, banyak kes jenayah seksual yang masih dalam perbicaraan mahkamah melibatkan figura berstatus pendakwah bebas popular menjadi perbualan hangat orang ramai sekali gus menjemput perdebatan netizen. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2022 07:38 PM | Show all posts
nak tutup kes datokcip palsu laki ko ke ni?
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2022 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
"Foziah Gous bertudung bukan sebab si Dato beli"
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
BHATT JI
akku787frtddddBHATT JI
Views : 505 Replies : 0
bhatt ji
akku787frtdddbhatt ji
Views : 1414 Replies : 0
Epstein Files pt. 2... coming soon!
Tumpang-SibokEpstein Files pt. 2... coming soon!
Views : 49787 Replies : 1
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23468 Replies : 7
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 7397 Replies : 2
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 363932 Replies : 3551
DISCLOSURE DAY
SY_MumiDISCLOSURE DAY
Views : 371 Replies : 5
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 278422 Replies : 1525
PROJECT HAIL MARY
SY_MumiPROJECT HAIL MARY
Views : 266 Replies : 2
Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksual terhadap anak perempuan
ultra78Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksua
Views : 31775 Replies : 22

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2026 04:45 AM GMT+8 , Processed in 0.182926 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list