CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 478|Reply: 0

Pemandu Cedera Penunggang Motor Kapcai Baling Microwave

[Copy link]
Post time 19-10-2022 11:15 AM | Show all posts |Read mode
Seorang pemandu di Britain cedera selepas penunggang motosikal kapcai membaling sebuah ketuhar gelombang mikro pada cermin hadapan keretanya, lapor akhbar Daily Star kelmarin.


Kejadian berlaku semasa kereta itu dipandu dengan laju pada waktu malam.




SWNS




Insiden terjadi pada malam 16 Oktober lalu ketika mangsa memandu kereta Ford Fiesta berwarna biru di Heapham Road, bandar Gainsborough.


Serangan itu bermula apabila pemandu kereta melihat dua orang yang menaiki sebuah motosikal tanpa lampu menuju ke arahnya pada pukul 11 malam (waktu tempatan).


Pembonceng itu kemudian membaling ketuhar sebelum melarikan diri, menyebabkan cermin depan kereta mangsa pecah dan kaca berkecai di dalam kereta.


Polis telah memberkas suspek selain percaya bahawa mereka mungkin menjadi dalang kepada beberapa insiden kerosakan lain di bandar itu.


“Kami sedang menyiasat laporan kejadian di mana sebuah ketuhar gelombang mikro dilempar pada cermin hadapan sebuah kereta yang sedang bergerak. Cermin itu rosak dan pemandu kereta cedera, syukur dia tidak parah.


“Terdapat beberapa laporan jenayah kerosakan kereta di Gainsborough, pada hujung minggu lalu.


“Kami menerima laporan kerosakan pada kenderaan di Corringham Road, Jalan Garfield Street dan Forster Street, di mana saksi melihat seorang penunggang dan pembonceng motosikal menggunakan barang yang disifatkan sebagai tiang gol dan senjata dipercayai kapak untuk merosakkan kereta,” kata Jurucakap Polis Lincolnshire.






Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2026 08:35 PM GMT+8 , Processed in 1.824286 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list