CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1184|Reply: 7

Suspek Utama Tembak MH17 Dilantik Komander Pasukan Barisan Hadapan Russia

[Copy link]
Post time 17-10-2022 11:19 PM | Show all posts |Read mode
Seorang suspek utama yang dituduh bertanggungjawab dalam insiden menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 pada 2014, dilantik sebagai `komander pasukan barisan hadapan Russia’ yang bertempur di Ukraine.


Memetik laporan Daily Mail, Igor Strelkov, 51, yang merupakan bekas menteri pertahanan di Republik Rakyat Donetsk (DNR) sebelum ini adalah pengkritik lantang Kremlin berhubung kempen Ukraine.




Igor Strelkov (kiri) berpakaian seragam tentera mengucapkan selamat tinggal kepada isterinya, tular dalam media sosial. - EAST2WEST NEWS





Namun, bekas kolonel Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Russia (FSB) itu kini dilaporkan dilantik sebagai komander barisan hadapan.


Gambar memaparkan Strelkov dalam pakaian seragam tentera sedang mengucapkan selamat tinggal kepada isterinya, tular dalam media sosial.


Strelkov atau nama sebenarnya Igor Girkin, dituduh dalang insiden pesawat MH17 yang ditembak jatuh dengan peluru berpandu BUK buatan Russia pada 2014.


Pesawat MH17 ditembak jatuh ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur di ruang udara timur Ukraine, menyebabkan kesemua 298 penumpang serta anak kapal terbunuh.


Strelkov merupakan antara empat suspek merangkumi tiga warga Russia dan seorang rakyat Ukraine, yang dibicarakan atas kesalahan membunuh dalam nahas membabitkan MH17 di sebuah mahkamah di Belanda.


Mahkamah Belanda yang mengendalikan perbicaraan itu dijangka mengeluarkan keputusannya bulan depan.


Seorang wartawan Yuri Kotenok menyifatkan ‘ketiadaan’ Strelkov sejak 10 Oktober membuktikan bahawa dia dibenarkan pergi ke zon perang.


“Dia berperang bersama batalion sukarelawan sebagai ketua kakitangan atau timbalan komander,” katanya


Berita pelantikan Strelkov sebagai komander baharu muncul ketika tentera Ukraine membedil sehingga merosakkan bangunan pentadbiran di bandar Donetsk.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2022 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Moga segala terrorist al qaedah taliban osama laden abu sayaf abu jahal memburu terrorist rusia ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2022 05:10 AM From the mobile phone | Show all posts
aku x pernah sokong mana2 kafir baik usa, russia mahupun ukraine. Sebab kafir2 ni semua sama je dahagakan darah umat islam. Mereka masih berdendam kalah dalam perang salib beratus tahun dahulu. Kalau nak sokong pun hanya sebab kita ada kepentingan dengan mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2022 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Penjenayah! Balasan pasti ada utk org mcmni..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2022 09:36 AM | Show all posts
bini ke anak. lawa nye sheolssss
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2022 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Sespek je ponn.. bukan nya confirm..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-10-2022 11:21 AM | Show all posts
Most of the time I don’t make comments on websites, but I'd like to say that this article really forced me to do so.
<a href="https://www.nomukti.com/" target="_blank" title="토토검순위">토토검증소</a>
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2022 04:08 PM | Show all posts
Omai replied at 18-10-2022 09:36 AM
bini ke anak. lawa nye sheolssss

"Igor Strelkov (kiri) berpakaian seragam tentera mengucapkan selamat tinggal kepada isterinya, tular dalam media sosial."


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 06:38 PM GMT+8 , Processed in 0.284461 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list