CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 746|Reply: 4

Pemuda UMNO Muar Buat Laporan Terhadap Syed Saddiq Kerana Tuduh Buat Kecoh

[Copy link]
Post time 17-10-2022 10:38 PM | Show all posts |Read mode
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Muar, Mohd Helmy Abd Latif membuat laporan polis terhadap Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan beberapa kepimpinan parti berkenaan yang membuat tuduhan tidak berasas terhadap sayap parti itu.


Menurut Mohd Helmy, laporan polis itu dibuat berikutan Syed Saddiq dan beberapa kepimpinan Muda mendakwa bahawa Pemuda UMNO terlibat membuat provokasi dan kekacauan ketika Ceramah Mega Muar anjuran parti berkenaan di Parit Jawa, di sini sedang berlangsung pada malam Ahad.




Sinar/FB Syed Saddiq




"Hari ini saya telah membuat satu laporan polis terhadap Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan beberapa kepimpinan Muda yang mendakwa Pemuda UMNO telah membuat provokasi dan kekacauan ketika Ceramah Mega Muar Muda sedang berlangsung semalam.


"Tuduhan ini dikemukakan dalam bentuk ucapan dan beberapa paparan dalam laman Twitter yang menuduh Pemuda UMNO sebagai kumpulan yang mencetuskan kekecohan semasa beliau (Syed Saddiq) sedang berucap di pekarangan Pejabat Parti Muda Muar, semalam (Ahad).


"Selaku Ketua Pemuda UMNO Muar, saya menegaskan bahawa Pemuda UMNO Muar khasnya dan Pemuda UMNO secara keseluruhannya menolak politik secara provokasi sebegini dan ia adalah budaya yang tidak diamalkan oleh Pemuda UMNO," katanya ketika membuat laporan di Balai Polis Muar petang Isnin.


Pada Ahad, Ceramah Mega Muar anjuran Muda terganggu dengan insiden provokasi daripada sekumpulan 'mat motor' yang tidak dikenali.


Insiden provokasi berkenaan yang turut tular di media sosial itu turut memaparkan kumpulan terbabit mencemuh Presiden Muda yang juga bekas Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman sebagai 'penipu.'


Bagaimanapun, polis berjaya mengawal keadaan dan ceramah berkenaan dapat disambung tanpa berlaku perkara yang tidak diingini.


Sementara itu, Mohd Helmy menegaskan agak mustahil bagi Pemuda UMNO Muar terlibat dalam insiden provokasi berkenaan.


Malah katanya, keseluruhan jentera Pemuda UMNO Bahagian Muar terlibat secara langsung dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO dan juga Pelancaran Jentera Pilihan Raya pada hari berkenaan.


"Secara logiknya, mustahil bagi kami untuk meluangkan masa melakukan sesuatu yang tidak langsung mendatangkan faedah kepada parti.


"Justeru, melihat kepada usaha untuk melemparkan fitnah amat mudah oleh pimpinan Muda ini, saya mengambil keputusan untuk membuat laporan polis dan saya juga telah berbincang dengan peguam saya untuk membuat tindakan saman terhadap mereka yang telah menuduh Pemuda UMNO dalam kes ini," katanya.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2022 09:42 AM | Show all posts
Puhleaseeeee

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2022 04:26 PM | Show all posts
Mesti mat2 motor tu penyokong DAP.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2022 04:29 PM | Show all posts
ape la pemuda umno ni

bukan ke syed saddiq dah maafkan (bukan minta maaf ye)
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2022 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Dlm pada umngok rasa teraniaya sempat jugak segelintir petik amk yg buat.eh hello amk tu gengster sesama sendiri jah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 11:38 PM GMT+8 , Processed in 0.296324 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list