CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 939|Reply: 2

Tak Kisah Filem Bajet Ciput Atau Besar, Elizad Terima Je- Susah Nak Berlakon Sebab Jadi Penyampai Radio

[Copy link]
Post time 15-10-2022 04:46 PM | Show all posts |Read mode
Nama Siti Elizad semakin kukuh sebagai pelakon serba boleh.


Mencuba nasib sebagai pengacara, Elizad turut mencabar diri berjinak-jinak sebagai penyampai radio, namun tidak mungkin mengetepikan cinta utamanya iaitu lakonan.


Foto: IG




Biarpun sibuk merencana kerjaya seninya, jauh di sudut hati, Elizad mahu kembali aktif dalam bidang lakonan.


Elizad berkata, tanggungjawab sebagai penyampai radio sedikit sebanyak membataskannya untuk merancakkan kembali kerjaya lakonannya.


  



"Sebelum ini saya sibuk di konti kerana tugas sebagai penyampai radio. Namun, memandangkan saya kini sudah mengendalikan segmen pagi, jadi selepas itu ada masa terluang untuk merencana kerja lain.


"Sebenarnya saya begitu rindu dengan bidang lakonan, apatah lagi watak yang banyak membabitkan jiwa dan bermain dengan air mata.


"Walaupun berat, namun saya ingin mencabar diri untuk melakonkan watak sebegitu. Lama rasanya tidak sibuk di lokasi penggambaran dan saya rindu detik itu," katanya.


Sebelum ini, Elizad pernah mencipta fenomena menerusi drama Aku Yang Kau Tinggalkan sentiasa membuka ruang buat peminat untuk memberikan sebarang maklum balas.




  



Kejayaan Elizad atau mesra disapa Ejad melakonkan sebarang watak dibantu jalan cerita yang menarik memberikan kepuasan yang sukar diungkapkan buat dirinya.


Katanya, dia lebih mementingkan kepuasan lakonan dalam setiap naskhah yang dijayakan tanpa mengambil kira sama ada filem itu berbajet besar atau kecil.


"Filem itu bajet besar atau tidak bukan dasar untuk saya pilih sesuatu tawaran. Asalkan saya tahu watak yang ditawarkan itu menarik untuk dilakonkan, saya akan terima. Begitu juga jalan cerita untuk sesebuah filem kerana di situ letaknya kekuatan sebuah filem," katanya.


Pembabitan Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Mohd Sharifuddin dalam pelbagai cabang seni terus mengukuhkan namanya dalam industri hiburan tanah air.




  



Dalam erti kata lain, populariti dicipta Elizad bukan daripada kisah kontroversi sebaliknya hadir dengan bakat yang dimiliki.


Menurut Elizad, apa yang dilakukan bukan untuk menunjukkan kehebatan atau bersikap tamak, sebaliknya menganggap itu semua adalah rezeki dan peluang yang tidak boleh disia-siakan.


"Alhamdulillah, saya bersyukur dengan rezeki Allah berikan. Pada usia sekarang, saya masih mendapat tempat dan menjadi pilihan. Paling penting, mereka memberi kepercayaan untuk saya buat.


"Saya menganggap semua ini adalah peluang keemasan yang tidak akan datang selalu. Kalau saya tak ambil sekarang, belum tentu dapat lagi. Jadi, saya kena ambil dan beri ruang kepada diri untuk buktikan kemampuan.


"Menjadi pengacara dan penyampai radio cukup asing buat saya. Tidak pernah terfikir pun selama ini untuk menggalas tanggungjawab itu. Macam dikatakan tadi, ini adalah rezeki bukan tamak," katanya.




  



Menurut Elizad, dia juga semakin seronok kerana itu semua benda baharu dalam dirinya.


"Tidak dinafikan, biarpun pada awalnya saya 'bergelut' sebab nak kena belajar benda baharu, lama-kelamaan saya rasa seronok.


"Kebetulan, saya dipertemukan dengan pasukan yang bagus, jadi semuanya mudah. Semangat nak bekerja lebih lagi dan kerjasama kami berjalan lancar," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2022 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Makin lama makin ok pulak dengar dia kat pagi di sinar. Jep rahim angah pun selalu kacau dia lepas kerja, so kat situ bina keserasian. Tengok tiktok sinar jep rahim angah kacau elizad macam budak2 sekolah kacau kawan2
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2022 11:04 AM | Show all posts
papelah elijad
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Najib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
MahathirinaNajib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
Views : 1478 Replies : 10
EPSTEIN FILES PT.2: Founder Victoria Secret dalang pemerdagangan seksual
Tumpang-SibokEPSTEIN FILES PT.2: Founder Victoria Sec
Views : 1584 Replies : 1
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23710 Replies : 9
Najib 'sangkut' ke semua tuduhan kes 1MDB
maklukpenggodaNajib 'sangkut' ke semua tuduhan
Views : 67121 Replies : 48
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 26297 Replies : 22
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 57513 Replies : 1092
WUTHERING HEIGHTS
SY_MumiWUTHERING HEIGHTS
Views : 350 Replies : 3
THE BRIDE!
SY_MumiTHE BRIDE!
Views : 281 Replies : 2
Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 17 kondominium
ultra78Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 1
Views : 30822 Replies : 8
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 278547 Replies : 1527

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 02:31 AM GMT+8 , Processed in 0.379613 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list