CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 602|Reply: 1

[Dunia] Thailand mahu bina jambatan ketiga ke Malaysia

[Copy link]
Post time 15-9-2022 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
BANGKOK – Kerajaan Thailand sekali lagi menyuarakan rancangan untuk membina jambatan baharu menyeberangi Sungai Golok yang akan berfungsi sebagai laluan kedua bagi lintasan sempadan antara negara itu dengan Malaysia, lapor laman Thaiger kelmarin.

Kerajaan Thailand dan Malaysia berharap jambatan yang akan menghubungkan daerah Sungai Golok di wilayah Narathiwat dan negeri Kelantan di Malaysia itu akan meningkatkan hubungan pelancongan serta perdagangan antara kedua-dua negara.

Jambatan baharu itu akan menjadi jambatan ketiga yang dibina merentasi sungai itu.

Ia akan menyertai ‘Jambatan Harmoni’, yang juga terletak di daerah Sungai Golok dan menghubungkan Rantau Panjang di Malaysia.

Pada bulan lalu, Menteri Luar Thailand,  Don Pramudwinai dan rakan sejawat  dari Malaysia, Datuk Sri Saifuddin Abdullah bersetuju meningkatkan infrastruktur di sempadan untuk membantu mencapai matlamat perdagangan dua hala yang bernilai AS$30 bilion (RM135 bilion) menjelang 2025.

Kedua-dua menteri menyuarakan harapan mereka untuk mempercepatkan pembinaan jalan yang menghubungkan kompleks kastam Bukit Kayu Hitam dan Sadao,

Kedua-dua negara juga mempertimbangkan pembinaan jambatan keempat yang menghubungkan Pengkalan Kubor di Malaysia ke daerah Tak Bai di wilayah Narathiwat.

Namun,  penilaian teliti kawasan dan tinjauan topografi perlu dilakukan sebelum perbincangan boleh diteruskan.

Jambatan baharu itu bertujuan memudahkan perjalanan antara kedua-dua negara di sempadan jalan darat. – Agensi

https://www.kosmo.com.my/2022/09/15/thailand-mahu-bina-jambatan-ketiga-ke-malaysia/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-9-2022 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Lbh ramai yang akan keluar masuk...good for the tourism industry
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2026 05:37 PM GMT+8 , Processed in 0.050657 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list