CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3920|Reply: 0

Jangan layan panggilan nombor tidak dikenali

[Copy link]
Post time 30-8-2022 04:57 PM | Show all posts |Read mode

Mohd. Ali Hanafiah (tiga kanan) bergambar bersama wakil korporat pada Majlis Menandatangani Dokumen Kerjasama, Anugerah Geran Kajian Digital dan Simposium Penyelidikan 2022 di Hotel Le Meridien di sini, hari ini. /FOTO FAISOL MUSTAFA


Jangan layan panggilan nombor tidak dikenali

PUTRAJAYA – Orang ramai diingatkan untuk terus berwaspada dan tidak melayan sebarang panggilan daripada individu atau nombor tidak dikenali.

Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), Datuk Mohd. Ali Hanafiah Mohd. Yunus berkata, langkah tersebut adalah benteng pertama pertahanan terhadap ancaman scammer.

“Dahulu kita lihat scammer ini menggunakan nombor telefon antarabangsa namun sekarang mereka sudah satu langkah ke hadapan dengan menggunakan nombor-nombor telefon tempatan, jadi apabila orang awam terima panggilan seperti itu ia nampak seperti ‘genuine’.

“Paling mudah jangan layan panggilan-panggilan tersebut dan kita juga mengesyorkan supaya orang awam memuat turun aplikasi yang dapat mengenal pasti dan memaklumkan panggilan itu dibuat dari mana sebab ia sangat membantu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai peningkatan trend jenayah scammer selepas merasmikan Majlis Menandatangani Dokumen Kerjasama Anugerah Geran Kajian Masyarakat Digital (DSRG) dan Simposium Penyelidikan 2022 di sini hari ini.

Tambahnya, MCMC akan terus mempertingkatkan usaha dari segi advokasi dan kesedaran kepada khalayak ramai berhubung taktik-taktik penipuan yang sering digunakan oleh scammer.

Beliau turut memaklumkan bahawa MCMC masih dalam peringkat perbincangan dan akan berkolaborasi dengan pihak-pihak pemberi perkhidmatan supaya mereka dapat memperkenalkan atau meningkatkan lagi mekanisma pertahanan.

“Ada juga kes scammer yang melibatkan pihak bank yang kemungkinan kita pun tidak tahu bagaimana (mereka menjalankan) modus operandi, tiba-tiba sahaja sudah tolak (wang) dari akaun. Justeru kita sedang bekerjasama rapat dengan semua agensi dan organisasi yang berkaitan (untuk menanganinya),” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/08 ... bor-tidak-dikenali/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
BHATT JI
akku787frtddddBHATT JI
Views : 505 Replies : 0
bhatt ji
akku787frtdddbhatt ji
Views : 1414 Replies : 0
Epstein Files pt. 2... coming soon!
Tumpang-SibokEpstein Files pt. 2... coming soon!
Views : 49787 Replies : 1
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23468 Replies : 7
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 7397 Replies : 2
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 363932 Replies : 3551
DISCLOSURE DAY
SY_MumiDISCLOSURE DAY
Views : 371 Replies : 5
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 278422 Replies : 1525
PROJECT HAIL MARY
SY_MumiPROJECT HAIL MARY
Views : 266 Replies : 2
Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksual terhadap anak perempuan
ultra78Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksua
Views : 31775 Replies : 22

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2026 04:44 AM GMT+8 , Processed in 0.039654 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list