CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 780|Reply: 3

Ibu Muda Jual Video Seks Diri Sendiri Untuk Raih Pendapatan Lumayan

[Copy link]
Post time 3-8-2022 02:32 PM | Show all posts |Read mode
Seorang ibu muda berdepan kemungkinan hukuman penjara yang panjang kerana memuat naik kandungan lucah diri sendiri untuk meraih populariti di media sosial, lapor laman berita Coconut News.


Polis di Garut, Jawa Barat menahan DC iaitu seorang wanita berusia 20 tahun, selepas dia dituduh menjual video seksnya melalui media sosial  untuk menjana pendapatan lumayan.








Menurut polis, DC didakwa melanggar Undang-undang Pornografi Indonesia dan Akta Maklumat dan Transaksi Elektronik (UU ITE).


"Untuk video penuh (bogel) harganya Rp300 ribu setiap video. Polis mengesan transaksi menerusi media sosialnya dan ada yang menginginkan tujuh video yang akan dibayar menerusi aplikasi lain.



“Dia mungkin berdepan hukuman penjara sehingga 12 tahun dan denda 1 bilion rupiah (RM299 ribu),” kata Ketua Polis Garut, Wirdhanto Hadicaksono.


Wirdhanto berkata, polis menerima maklumat daripada orang ramai mengenai kegiatan haramnya.


Mereka menahan suspek di sebuah apartmen di ibu kota Jawa Barat, Bandung.


Mengambil petunjuk daripada kandungan dewasa daripada platform luar negara seperti OnlyFans, polis berkata DC menyiarkan secara langsung video tidak senonoh seksual yang menampilkan dirinya di platform media sosial.


Mereka yang ingin melihat lebih banyak gambar lucah atau bogel boleh mendapat akses kepada video peribadi yang lebih intim selepas memindahkan wang kepadanya.


DC bergiat aktif dalam kegiatan menjual bahan lucahselama kira-kira dua bulan sebelum ditangkap.


Pencipta kandungan dewasa Indonesia berdepan ancaman pendakwaan yang sangat serius kerana undang-undang negara yang melarang pornografi.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2022 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
@Friska babu ndon ke bukak thread indon caprut ni???
Ehh bukan..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2022 05:01 PM | Show all posts
Lupa ada undang2 nak ke hadap le tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2022 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Mohon tag berita caprut.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

2-12-2022 09:19 PM GMT+8 , Processed in 0.090164 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list