CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 618|Reply: 0

Datang Kenduri Kahwin, 13 Tetamu Maut Jatuh Perigi

[Copy link]
Post time 17-2-2022 02:42 PM | Show all posts |Read mode
New Delhi: Tiga belas wanita dan seorang kanak-kanak perempuan yang menghadiri satu majlis perkahwinan di utara Uttar Pradesh, India, dilaporkan maut selepas terjatuh ke dalam sebuah perigi pada Rabu.


Difahamkan, ketika kejadian kesemua mangsa dipercayai sedang duduk di atas kepingan besi yang menutupi perigi itu apabila ia patah dan menyebabkan mereka terjatuh ke dalam lubang itu.


Menurut Majistret Daerah Uttar Pradesh S. Rajalingam, perigi itu dipercayai sudah usang dan tidak mampu menampung berat mangsa-mangsa terbabit.


Foto: Twitter




“Mangsa jatuh dan ditimpa serpihan,” katanya.


Perdana Menteri India Narendra Modi dalam hantaran terbaharu di Twitter berkata, kemalangan itu "amat menyayat hati".


"ihak berkuasa tempatan akan memberikan segala bantuan yang diperlukan," kata Modi.


Ketua Menteri Uttar Pradesh, Yogi Adityanath turut dilaporkan telah memaklumkan pihak berkuasa tempatan untuk membantu keluarga mangsa terlibat.


Kebiasaannya, majlis perkahwinan di India diadakan dalam suasana yang meriah dan mewah dengan kehadiran ramai tetamu dan berlangsung selama beberapa hari.


Pada 2017, seramai 24 tetamu yang meraikan majlis perkahwinan di negeri barat laut Rajasthan terbunuh apabila tembok yang runtuh menimpa mereka dalam kejadian ribut. -CARI


Sumber: Awani
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
BHATT JI
akku787frtddddBHATT JI
Views : 505 Replies : 0
bhatt ji
akku787frtdddbhatt ji
Views : 1414 Replies : 0
Epstein Files pt. 2... coming soon!
Tumpang-SibokEpstein Files pt. 2... coming soon!
Views : 49787 Replies : 1
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23468 Replies : 7
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 7397 Replies : 2
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 363932 Replies : 3551
DISCLOSURE DAY
SY_MumiDISCLOSURE DAY
Views : 371 Replies : 5
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 278422 Replies : 1525
PROJECT HAIL MARY
SY_MumiPROJECT HAIL MARY
Views : 266 Replies : 2
Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksual terhadap anak perempuan
ultra78Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksua
Views : 31775 Replies : 22

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2026 04:45 AM GMT+8 , Processed in 0.035914 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list