CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1212|Reply: 7

Lelaki Ditetak Sebelum Dibakar Di Panggung Wayang Alor Setar

[Copy link]
Post time 15-2-2022 05:16 PM | Show all posts |Read mode
Alor Setar: Seorang lelaki ditemukan mati dipercayai ditetak pada tangan dan muka sebelum dibakar di sebuah bangunan panggung wayang terbiar di Simpang Kuala di sini hari ini.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah, Datuk G Suresh Kumar berkata, mayat lelaki tanpa identiti yang berusia 40-an itu ditemukan di bawah sofa dan tilam yang terbakar di dalam bilik tingkat atas bangunan terbabit.


Menurutnya, dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja di sini menerima panggilan berhubung kebakaran di bangunan panggung wayang terbiar itu.




Foto: Utusan Online




Katanya, anggota bomba yang melakukan operasi memadam kebakaran itu kemudian menemukan mayat lelaki tersebut.


“Pemeriksaan mendapati terdapat kesan kecederaan tetakan di tangan dan muka mayat yang dipercayai dibunuh,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.


Suresh berkata, hasil siasatan di lokasi turut menemukan sebilah pisau di  bawah bangunan tersebut.


Tambahnya, polis percaya kejadian tersebut dipercayai membabitkan lebih seorang suspek, namun tidak membabitkan kumpulan samseng.


“Susulan kejadian, polis menahan seorang lelaki berusia 59 tahun yang berada sekitar lokasi pada pukul 9.15 pagi bagi membantu siasatan.


“Anggota polis mengesan suspek yang berada sekitar bangunan dan semakan mendapati dia mempunyai beberapa rekod jenayah dan dadah sebelum ini,” jelasnya.


Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk pemeriksaan lanjut. – CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2022 05:28 PM | Show all posts
Kelly.ng kah?
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2022 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kedah gengster ni.        
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 04:09 AM From the mobile phone | Show all posts
gila la. simpang kola belah mana tatau
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 04:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Pasaipa angpa jadi lagu tu? Peliaq betoi lah hai, the wedar is kliar katanya, dajjei sungguhlah, Ffira Mikah tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 05:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Hebatnya org2 skg...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2022 07:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Keling botoi pa ka tak tau punya kes ni wei
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 08:37 AM | Show all posts
laa
awat yg jadi lagu tu
x berlagu dah laa


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Najib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
MahathirinaNajib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
Views : 1478 Replies : 10
EPSTEIN FILES PT.2: Founder Victoria Secret dalang pemerdagangan seksual
Tumpang-SibokEPSTEIN FILES PT.2: Founder Victoria Sec
Views : 1584 Replies : 1
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23710 Replies : 9
Najib 'sangkut' ke semua tuduhan kes 1MDB
maklukpenggodaNajib 'sangkut' ke semua tuduhan
Views : 67121 Replies : 48
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 26297 Replies : 22
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 57513 Replies : 1092
WUTHERING HEIGHTS
SY_MumiWUTHERING HEIGHTS
Views : 350 Replies : 3
THE BRIDE!
SY_MumiTHE BRIDE!
Views : 281 Replies : 2
Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 17 kondominium
ultra78Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 1
Views : 30822 Replies : 8
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 278547 Replies : 1527

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 02:31 AM GMT+8 , Processed in 0.052818 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list