CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2899|Reply: 42

Dah 7 Hari Ibu Meninggal Tapi Masih Ditahan Dalam Peti Mayat, Anak Tak Mampu Langsaikan Kos Hopital RM19 Ribu

[Copy link]
Post time 20-1-2022 08:30 AM | Show all posts |Read mode
Sayu apabila jenazah seorang ibu tidak dapat dikebumikan segera gara-gara kos perubatan semasa hayat arwah di hospital belum dilangsaikan.


Kos perubatan arwah bukannya bukannya sedikit, tetapi mencecah puluhan ribu ringgit.


Kisah menyayat hati itu dikongsikan seorang pengasas badan bukan kerajaan (NGO) yang menyediakan khidmat pengurusan jenazah secara percuma atas sumbangan masyarakat, di laman Facebook Mr Wan Cai Official.


Bercakap kepada mStar, Pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKVJ) yang hanya mahu dikenali sebagai Wan Chai berkata, arwah merupakan warga Indonesia berusia 53 tahun, dimasukkan ke sebuah hospital di Selangor sejak lebih sebulan lalu kerana dijangkiti Covid-19.




Foto: mStar Online




Menurutnya, arwah yang juga ibu kepada dua anak perempuan itu meninggal dunia lebih seminggu lalu akibat komplikasi selepas sembuh daripada Covid-19.


"Bil perubatan arwah yang perlu dibayar berjumlah hampir RM19,000 untuk kos rawatan lebih sebulan di hospital.


"Jenazah dah tujuh hari berada dalam peti beku mayat kerana dua anak arwah iaitu pasangan kembar berusia 18 tahun tidak mampu bayar bil perubatan," katanya ketika dihubungi.


"Suami arwah merupakan pemastautin tetap meninggal dunia pada 2016, tinggal arwah dan anak-anak di Malaysia dan tiada saudara-mara lain kecuali di Indonesia," katanya ketika dihubungi.


Menurut Wan Chai, arwah sebelum ini merupakan suri rumah sebelum berniaga barangan runcit secara kecil-kecilan, sambil menambah kedua-dua anak arwah dilahirkan di Selangor.


Beliau berkata, pihaknya dihubungi anak arwah bagi mendapatkan bantuan dan mereka berusaha untuk mempermudahkan urusan pengebumian jenazah.


"Dengan kerjasama rakan-rakan UKVJ mencari jalan penyelesaian melalui beberapa proses, akhirnya bil perubatan yang perlu dibayar dapat dikurangkan dari RM19,000 kepada RM10,000.


"Saya kemudian minta anak sulung arwah menghubungi ahli keluarga ibunya di kampung di Indonesia berikhtiar cari duit tanpa meletakkan jumlah yang perlu dikumpulkan.


"Yang penting sama-sama usaha. Jika baki yang dikumpul masih tidak mencukupi, pihak kami akan cuba cari jalan dengan membuat kutipan derma kilat," katanya.


Namun kata Wan Chai, anak arwah menghubunginya semula beberapa jam kemudian dan memaklumkan sebanyak RM10,000 berjaya dikumpulkan.


"Keluarga arwah di Indonesia berjaya mengumpul duit yang diperlukan dalam masa yang dikira singkat.


"Saya tak pasti sama ada mereka pinjam sana sini dengan saudara-mara atau sebaliknya. Cuma saya yakin urusan jenazah telah dipermudahkan Allah, Alhamdulillah," katanya.


Wan Chai berkata, jenazah akhirnya disempurnakan pada hari kelapan meninggal dunia, dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang di Klang.


"Kasihan jenazah terpaksa diletakkan lama dalam peti mayat. Mujur Allah aturkan anak-anak arwah bertemu kami.


"Bayangkan dah seminggu jenazah ibu mereka belum dikebumikan... jika tidak, entah berapa lama lagi. Alhamdulillah, pengebumian jenazah telah disempurnakan," katanya. -CARI


Sumber: mStar Online

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2022 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Firska,trisna,rohana,wong...dan semua indon yg ada di bumi Msia....dipersilakan membantu....saudara kalian ni.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedara mara friska ni..mohon friska yang berjaya berkahwin jantan Melayu jusa C dapat membantu masalah warganegara @Friska
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 10:04 AM | Show all posts
insiden2 sebegini patu di laporakn kpd kedutaan indonesia...biar kerajaan sana selesaikan
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 10:13 AM | Show all posts
ifanonline replied at 20-1-2022 02:04 AM
insiden2 sebegini patu di laporakn kpd kedutaan indonesia...biar kerajaan sana selesaikan

aku setuju gini. sama jgk dgn rakyat malaysia kat luar negara.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 20-1-2022 09:56 AM
Sedara mara friska ni..mohon friska yang berjaya berkahwin jantan Melayu jusa C dapat membantu masal ...

Masa ni la nak bantu kaum, bukan setakat membangga2 bukak thread indon berhasil, indon bakalan......thread macam ni diam tak berkutik ko kan @Friska babu ndon
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-1-2022 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Friska bab duit2 ni buat bodoh...bangsa sndr xnk tlg..bangsa lain dicerca...xsedar dia sndr membusukkan nama bangsa dia
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 11:58 AM | Show all posts
Senang betul indon dapat PR walaupun anak bini semua bukan Malaysian.  Bangsa lain berpuluh tahun pun tak lepas walaupun anak bini/laki Malaysian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2022 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
friska left the chat

RiP
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnye....dah sembuh covid tapi masih tak dapat diselamatkan. Lambat pulak kebumi sebab masalah kewangan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 12:39 PM | Show all posts
tapi camne die bleh lepas masuk swasta sbb setau aku swasta kene bayar deposit dulu kan? atau kene tunjuk polisi insurans baru swasta nak terima
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 12:40 PM | Show all posts
Sedihnya...hospital swasta mmg lh mahal
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 02:10 PM | Show all posts
msdummy.2018 replied at 20-1-2022 11:52 AM
Friska bab duit2 ni buat bodoh...bangsa sndr xnk tlg..bangsa lain dicerca...xsedar dia sndr membusuk ...

Knpa ummah forum Cari bnci sngt kat Friska? Klau kat Stinger iol faham lah.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 02:15 PM | Show all posts
Realiti sekarang, semoga dapat dilangsaikan hutangnya itu
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
gideoncross replied at 20-1-2022 02:10 PM
Knpa ummah forum Cari bnci sngt kat Friska? Klau kat Stinger iol faham lah.

Org lain aku xtau lah...tp sma salah malaysia..indontuh terpaling sgttttt....ko tgk bila bangsa dia susah, ada dia tolong?....ku pulangkan sahaja paku buah kerassss

Note:aku selalu nmpk dia bergasak pasal hbgn 3pnejuru....di ckp org malaysia xpndi jaga laki....kekekkek
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 02:20 PM | Show all posts
gideoncross replied at 20-1-2022 02:10 PM
Knpa ummah forum Cari bnci sngt kat Friska? Klau kat Stinger iol faham lah.

sebab dia indon perasan bagus.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2022 02:21 PM | Show all posts
aduh sedih..ketakutanlah anak anak nak bayar mana mampu..
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 02:45 PM | Show all posts
kes2 begini lenkali minta aja deh sama itu si halilintar
kat KL ni banyak je indo yg kaya kaya
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
gideoncross replied at 20-1-2022 02:10 PM
Knpa ummah forum Cari bnci sngt kat Friska? Klau kat Stinger iol faham lah.

Dia bermula dengan kisah peribadi sana. Kat board peribadi. Masalah dia dengan madu. Kawen dengan laki melayu penjawat awam pangkat JUSA C. Kira hebatlah tu. Lepastu tak puas hati dengan madu. Isteri pertama laki tu sakit kronik. Forumer marahlah kan aphal ko kacau laki orang. Bini tengah sakit. Lepastu mengadu domba dengan sini minta penyelesaian. Lama2 dia dekat board ci ni ehhhh hipokrit sungguh. Pasal Indon yang bagus2 dia bukak thread bandingkan Malaysia. Pasal Indon goblok2 semua dia senyap Jerr.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
bottombikini replied at 20-1-2022 02:45 PM
kes2 begini lenkali minta aja deh sama itu si halilintar
kat KL ni banyak je indo yg kaya kaya

Haah kan keluarga dia duk kat malaysia kan, katanya dorang kaya raya yela semua anak beranak hari2 duk buat content je utk socmed depa.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Suspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – PolisSuspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – Polis
Skyline_84Suspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah
Views : 21166 Replies : 4
tumpang lalu, kerabat mana bagi bunga kat MekTi ni
chanthiktumpang lalu, kerabat mana bagi bunga ka
Views : 16015 Replies : 6
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 361193 Replies : 3544
Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pengganti? Senyum Manis Dipeluk Erat Jejaka Berjambang
Skyline_84Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pe
Views : 27277 Replies : 28
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 201831 Replies : 4032
Tergempar bumi:Cikgu Aida kata Bahtera Nabi Nuh ada di atas gunung Malaysia
YgBenarTergempar bumi:Cikgu Aida kata Bahtera N
Views : 22380 Replies : 28
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 26372 Replies : 16
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40440 Replies : 395
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 45069 Replies : 38
Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Islam?
hadi1987Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Is
Views : 20731 Replies : 6

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 12:23 PM GMT+8 , Processed in 1.341588 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list