CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1334|Reply: 15

[Tempatan] Gilis kaki anak tiri 10 tahun dengan ‘Ysuku’

[Copy link]
Post time 14-1-2022 02:46 PM | Show all posts |Read mode
Gilis kaki anak tiri 10 tahun dengan ‘Ysuku’

https://www.utusan.com.my/nasion ... tahun-dengan-ysuku/

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
14 Januari 2022, 2:30 pm


RAMLAN Abdul Karim dijatuhkan hukuman penjara lima tahun dan denda RM2,000 atau dua bulan penjara jika gagal bayar oleh Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA

MELAKA: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara lima tahun selepas mengaku salah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menggilis kaki anak lelaki tirinya  berusia 10 tahun menggunakan motosikal, minggu lalu.

Hakim Nariman Badruddin menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Ramlan Abdul Karim, 32, yang membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bekerja sebagai pengawal keselamatan didapati  dengan sengaja menyebabkan cedera ke atas anak tiri berumur 10 tahun menggunakan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR.

Tindakan itu dilakukan tertuduh di Kampung Padang dalam daerah Melaka Tengah pada 7 Januari lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan dengan denda atau dengan sebat atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut.

Mengikut fakta kes, kejadian berlaku kira-kira pukul 11.10 malam selepas tertuduh yang ketika itu berada di atas motosikal telah bertengkar dengan isterinya membabitkan hal perceraian di hadapan rumah mereka.

Berang dengan salah faham yang berlaku, tertuduh secara tiba-tiba telah memecut laju motosikalnya sehingga menggilis mangsa yang berada berhampiran.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar hukumannya diringankan dengan alasan telah menyesali perbuatannya itu selain perlu menjaga ibu dan bapanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, N. Sivashangari bagaimanapun merayu agar hukuman berat diberikan dengan mengambil kira faktor umur mangsa yang hanya berusia 10 tahun dan kecederaan dialaminya.

Selepas mendengar hujah kedua pihak, Nariman kemudian menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan denda RM2,000 atau dua bulan penjara jika gagal bayar.  -UTUSAN ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2022 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 03:21 PM | Show all posts
dengar bunyi gilis tu da cam hancur je kaki budak tu..kalu iollss bagi hukuman max..biar mereput dlm jail
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
dr YSUKU dh jadi 3/4..plak....mmm.......
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
5 thn je???
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 04:44 PM | Show all posts
Masalah orang dewasa jangan libatkan budak2 kan tak pasal kena hukuman
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-1-2022 05:54 PM | Show all posts
"Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar hukumannya diringankan dengan alasan telah menyesali perbuatannya itu selain perlu menjaga ibu dan bapanya".

Sma mcm kes2 yg prnh msuk dlm Cari ni, msa lakukn jnayah, x ingt apa2 tpi bila dh d hukum, alasan mak bapak dh tua msti d gunakan utk mraih simpati. Bodoh.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 05:55 PM | Show all posts
"Selepas mendengar hujah kedua pihak, Nariman kemudian menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan denda RM2,000 atau dua bulan penjara jika gagal bayar".

X stimpal dgn prbuatan yg dia dh buat kat budak yg x brsalah tu, wtfuck.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2022 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
gideoncross replied at 14-1-2022 05:54 PM
"Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar hukumannya diringankan dengan alasan tel ...

Aku tgk citer ape tah. Dh lupa.. tp bukan citer malaysia la..  tp ayat jaga parent, wife, anak sakit, tu sume mcm skrip lawyer je.. mmg dorg akan cakap ayat2 tu di akhir kata.. meaning bukan lawyer msia ke cakap.. oversea pon sama.. tp sbb aku bukan lawyer, xdpt nk sahkan fakta atau auta..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 10:22 PM | Show all posts
nurul_akmar replied at 14-1-2022 06:09 PM
Aku tgk citer ape tah. Dh lupa.. tp bukan citer malaysia la..  tp ayat jaga parent, wife, anak sak ...

mmg btol lawyer akan guide...sama gak mcm geng2 politik punye drama...cth: dtg dgn naik wheelchair/surat mc/surat doktor yg kata kena operate urgent dll....
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Ape ke ringan sgt hukumannya? Denda pun 2k je lg murah dr ysuku
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 12:55 AM | Show all posts
nurul_akmar replied at 14-1-2022 06:09 PM
Aku tgk citer ape tah. Dh lupa.. tp bukan citer malaysia la..  tp ayat jaga parent, wife, anak sak ...

Yikes, mmpuslah klau camtu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 01:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Ysuku sinonim dengan si botak tige suku..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Jantan sial. Knp nak libatkan budak² yg X bersalah. Nokharom
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar hukumannya diringankan dengan alasan telah menyesali perbuatannya itu selain perlu menjaga ibu dan bapanya.
Tah ye tah x la kau tanggung parents kau
Tah2 kau biar je.kena hukum tetiba petik nama parents plk
Phuuuiiiii jantan x guna
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kahwin lagi dengan mat rempit. Anak pun digilis y suku. Elok manusia macam ni digilis lori je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
bhatt ji
kukuio98iuybhatt ji
Views : 1718 Replies : 0
bhatt ji ji
kuku7890dbhatt ji ji
Views : 1919 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40435 Replies : 394
Tergempar bumi:Cikgu Aida kata Bahtera Nabi Nuh ada di atas gunung Malaysia
YgBenarTergempar bumi:Cikgu Aida kata Bahtera N
Views : 20623 Replies : 24
Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pengganti? Senyum Manis Dipeluk Erat Jejaka Berjambang
Skyline_84Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pe
Views : 19340 Replies : 16
Suspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – PolisSuspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – Polis
Skyline_84Suspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah
Views : 13786 Replies : 1
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 201771 Replies : 4030
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 44968 Replies : 38
Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Islam?
hadi1987Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Is
Views : 20731 Replies : 6
Update : Majlis Nikah Diceroboh, Bekas Suami Kongsi Perkara Sebenar ...Nurin Alisa  Terjah Majlis Nikah Bekas Suami di Masjid Serah Saman Nafkah Tertunggak Depan Muka
YgBenarUpdate : Majlis Nikah Diceroboh, Bekas S
Views : 12765 Replies : 219

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 09:38 AM GMT+8 , Processed in 0.059492 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list