CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
View: 345|Reply: 4

KBS Perlu Bertanggungjawab Sepenuhnya Isu Potong Elaun, Gugur Atlet

[Copy link]
Post time 12-1-2022 03:34 PM | Show all posts |Read mode
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tindakannya memotong elaun manakala Majlis Sukan Negara (MSN) pula menggugurkan 144 atlet dari program latihan kebangsaan.


Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) menyifatkan perkara yang berlaku ini amat mengejutkan dan khuatir akan mendatangkan impak negatif amat mendalam ke atas program pembangunan atlet dan bidang sukan negara dalam jangka panjang.


Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) yang memandang serius tindakan ini berkata, alasan bajet yang diterima dikurangkan kerana kerajaan memberi keutamaan kepada pasca Covid-19 dan bencana banjir yang melanda beberapa negeri tidak dapat diterima sama sekali, jika Malaysia benar-benar mahu memberi tumpuan ke atas pelan pembangunan atlet.




Kerdit foto: Selangorkini




Presidennya, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal mempersoalkan adakah  Menteri Belia dan Sukan sedar dengan kemelut yang berlaku sekarang bukan sahaja telah menjejaskan reputasi atlet, tetapi juga imej KBS yang diberikan amanah untuk membangunkan barisan atlet yang merupakan aset kepada negara.


”Adakah Kementerian Belia dan Sukan sudah hilang keutamaan fungsi?,” soal beliau dalam kenyataan di sini hari ini.


Oleh itu, katanya, KBS dan kesemua agensi sukan di bawah kementerian itu perlu segera mengembalikan kadar elaun yang diberikan sebelum ini.


Menurut beliau, KBS perlu sedar walaupun atlet menerima elaun semata-mata, tempoh mereka berada dalam tempoh latihan merupakan satu bentuk kerjaya yang perlu dilayan dan dijaga serta diberi perhatian dengan penuh hormat dan bermaruah.


Pemotongan elaun dan tindakan menggugurkan atlet tidak wajar dan bukan satu tindakan berintegriti.


“KBS perlu mengkaji keputusan mereka untuk memotong dan menggugurkan atelt-atlet atas alasan ketidakcukupan dana,” tambahnya.


Mohamed Shafie turut mendakwa fokus dan strategi KBS pada masa sekarang sudah tersasar dan oleh itu, UNI-MLC mahu kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi arahan tegas agar kementerian ini mengkaji semula tindakan yang dilakukan.


Jelasnya, kepimpinan Ismail Sabri perlu meletakkan kembali keutamaan pembangunan bidang sukan di tempat yang betul dan tidak wajar bercanggah dengan matlamat Rancangan Malaysia Ke-12 yang dibentangkan tahun lalu.


”Sebagai badan pekerja, UNI-MLC mendapati pemotongan elaun akan menyebabkan imbuhan yang diterima lebih rendah daripada gaji minimum yang ditetapkan oleh kerajaan sendiri dan kini kedudukan mereka adalah dalam kumpulan B40. Apakah Kementerian Belia dan Sukan sedar akan perkara ini?


”Kita tidak mahu Kementerian Belia dan Sukan yang diamanahkan untuk menaikkan prestasi dan mutu sukan menjadi punca kepada kemerosotan dan merudumnya bidang sukan disebabkan oleh tindakan penyelesaian singkat dengan memotong elaun dan menggugurkan atlet, yang secara langsung telah menjejaskan motivasi dan semangat rakyat untuk menyertai sukan.


”Kementerian Belia dan Sukan perlu serius jika benar-benar mahu menaikkan imej, kualiti dan prestasi sukan,” teganya.




Sumber: MalaysiaGazette
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2022 05:10 PM | Show all posts


jawab pak, jawaabb
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Baju tu iron sikit boleh x
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 05:50 PM | Show all posts
Susah ler nak dapat atlet yang memdunia kalau dah macam tu.  Nak dapatkan sesuatu yang bagus perlukan pelaburan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Adrif replied at 12-1-2022 05:10 PM
jawab pak, jawaabb

Sekali baca mcm hari keluarga msia.......kot2 ada acara lari dlm guni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

30-9-2022 08:02 AM GMT+8 , Processed in 0.081951 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list