CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
12Next
Return to list New
View: 1219|Reply: 21

Tauke Bengkel Biar Anak Perempuan 10 Tahun Naik Motor Disaman

  [Copy link]
Post time 24-11-2021 10:26 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Pemilik bengkel yang membenarkan anak perempuannya berusia 10 tahun menunggang motosikal yang aksinya tular di media sosial, semalam disaman polis.


Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Superintendan Dr Bakri Zainal Abidin berkata, pihaknya mengesan satu rakaman video memaparkan seorang kanak-kanak perempuan menunggang motosikal RGV 250 dan motosikal NSR 250 tanpa memakai topi keledar dan tiada lesen.


"Video berdurasi 43 saat itu tular di media sosial selepas ia dimuat naik seorang individu yang menggunakan akaun page, Arena Motor.


"Susulan itu, kami mengambil tindakan dengan berjumpa kedua-dua pemilik motosikal berkenaan. Hasil siasatan dilakukan mendapati kejadian itu berlaku pada 2018 ketika kedua-dua pemilik menghantar motosikal terbabit ke sebuah bengkel terletak di Sijangkang, Banting di Selangor," katanya ketika dihubungi hari ini.




Foto: Harian Metro




Bakri berkata, pemilik motosikal itu mengesyaki motosikal terbabit disalah guna oleh mekanik bengkel dengan membenarkan kanak-kanak perempuan iaitu anaknya yang berusia 10 tahun ketika kejadian iaitu menunggang motosikal berkenaan.


"Hari ini, saya berjumpa dengan kanak-kanak berkenaan di rumahnya di Sijangkang, Banting. Hasil siasatan mendapati kejadian itu yang berlaku pada 2018 dirakam di jalan utama hadapan rumahnya.


"emilik bengkel berusia 44 tahun itu juga mengesahkan dua motosikal berkenaan sedang dibaiki ketika kejadian.


"Tujuan dia membuat rakaman itu adalah sekadar untuk simpanannya serta pelanggan dan lelaki berkenaan tidak mengetahui bagaimana video terbabit boleh tersebar," katanya.


Beliau berkata, berdasarkan rakaman video itu, pihaknya mendapati terdapat kesalahan trafik iaitu menunggang motosikal tanpa memiliki lesen, tidak memakai topi keledar dan tiada cermin sisi.


"Ibu bapa atau penjaga juga membenarkan kanak-kanak bawah umur menunggang motosikal dan tindakan sebegini membahayakan dan merisikokan anaknya dan pengguna jalan raya yang lain sekiranya berlakunya kemalangan.


"Justeru itu, kami mengeluarkan tiga saman bagi kesalahan berkenaan terhadap kanak-kanak terbabit dan bapanya selain menasihati mereka," katanya.


Beliau menasihatkan ibu bapa dan penjaga supaya sentiasa memantau kelakuan anak-anak mereka yang di bawah umur agar tidak memandu atau menunggang kenderaan tanpa lesen memandu.


"Sekiranya berlaku kecuaian daripada ibu bapa dan penjaga dengan membenarkan anak-anak mereka memandu atau menunggang kenderaan, mereka boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 3(1) Akta Kanak-Kanak 2001 serta Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2021 10:30 AM | Show all posts
ambik .. dah lama tapi bagus kena saman biar jadi pengajaran kepada ibubapa yang lain
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2021 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Salah satu kebodohan ibubpaa.melay
u masakini..kanak2 dibagi motosikal
Tahun 80 dan 90an kanak2 main di parit/main guli.jaa..jarang org ada motosikal
Dah masuk 2000an..ekonomi.org melayu elol sikit..mula beli motosikal secara beramai ramai..dan.dibeli.pd anak.pula yg baru umur 10-16 tahun
Budak2 dpt.motosikal..apa lagi..mcm pelesit dibawaknya ke hulu ke hilir
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2021 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha..ingat rakam ..dapat viral...blehlah dapat duit...sekali kena kluar duit
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2021 10:34 AM | Show all posts
apasal tak bagi penjara ke sehari mak bapak bodoh tu?
takat denda berapa sen la sangat..
and harap owner motor viral je workshop mana yang buat tu..
suruh semua ban biar melingkup..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2021 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
10 tahun tp besar betul budak ni. Aku 10 tahun basikal pun terkial-kial nak pegi jalan besar. Dalam kawasan rumah boleh la.. mendapek la engkorang
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2021 10:53 AM | Show all posts
tahun 90an dulu, ada anak orang kampung aku umur mcm nilah, dah bawak motor. accident terus meninggal. sejak tu mmg takde dah org kg benarkan anak diorg kecik2 bawak motor. cucu2 balik kampung pun tak kasi
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2021 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
hareeeesah replied at 24-11-2021 02:49 AM
10 tahun tp besar betul budak ni. Aku 10 tahun basikal pun terkial-kial nak pegi jalan besar. Dalam  ...

10 tahun 4 tahun lps..
tp klu form 2 pun skrg mmg nmpk besar pun..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2021 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Babi 2018 punya video pun nak cari lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2021 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
pukulrata replied at 24-11-2021 11:12 AM
Babi 2018 punya video pun nak cari lagi.

baru viral kan. padan la muke bongok sgt letak kat medsoc
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2021 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukanke tajuk yg sesuai Tauke Bengkel Disaman Biar..... Naik Motor.

Kalau tajuk macam di atas, anaknya yg kena saman, bapak dia biarkannya
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2021 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
ujio replied at 24-11-2021 11:02 AM
10 tahun 4 tahun lps..
tp klu form 2 pun skrg mmg nmpk besar pun..

2018 3 tahun lepas la.. tp motor tu jenis besau budak 10tahun ish besor la kiranya kan nak menampung motor tu..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2021 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Tmpt aku ni bersepah segala anak2 toke tak toke anak pak imam eh segala laa
Sampey polis ckp dgn aku kalau tk ronda diorg merempit
Kalau ronda diorg marah2

Nasib lorong aku ni diorg tk rempit
Diorang p rempit kt koner kambing sblh sana
Phewww
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2021 02:06 PM | Show all posts
Aku start bawak motor umur 11 tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2021 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 24-11-2021 10:53 AM
tahun 90an dulu, ada anak orang kampung aku umur mcm nilah, dah bawak motor. accident terus meningga ...

kira baguslah diri sendiri yang mati, bayangkan kalau dia langgar orang lain mati, tak ke naya
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2021 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau mcm ni..nt kau nk rakam la video bebudak bawah umo bawak moto..lps tu bg viral supaya makpak disaman..pueh ati aku
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2021 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan bila rakaman dah lama,takde 'kutipan' ke pintu..kena jugak rupanya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2021 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
sekngucing: Salah satu kebodohan ibubpaa.m ...


aku pun xpaham kenapa mak bapak skg relax2 kasi kunci moto kt anak..bawak p sekola la, p jalan2 petang2 pun nek moto. pastu preng sana sini..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2021 08:33 AM | Show all posts
Tak amanah, orang hantar motor untuk diservice tapi dibenarkan anaknya menunggang sesuka hati.  Kalau eksiden, rosak motor tu dah jadi kes lain pulak.

Baguslah kena saman, patut kasi masuk dalam semalam dua.  Baru padan..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2021 10:10 AM | Show all posts
ramai je anak2 org kg bwk motor especially kt kg aku, ade tu kaki pon x sampai lg..tp jgn le upload kat socmed
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-6-2022 09:44 AM GMT+8 , Processed in 0.196603 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list