CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 551|Reply: 3

Akaun Bank Suami Atau Bekas Suami Yang Culas Beri Nafkah Akan Disekat

[Copy link]
Post time 24-11-2021 10:19 AM | Show all posts |Read mode
Ipoh: Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) akan ke peringkat seterusnya bagi melaksanakan tindakan sekatan akaun bank kepada suami atau bekas suami yang culas memberi nafkah.


Ketua Pengarah JKSM, Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, perbincangan bersama Bank Negara dan institusi bank di negara ini telah dibuat sebelum ini bagi merealisasikan perkara tersebut.


Menurut Mohd Na'im, ketika ini pihaknya sedang mempersiapkan pegawai Bahagian Sokongan Keluarga (BKS) dengan kemahiran yang betul supaya tidak melakukan kesilapan dalam membuat penguatkuasaan dan pelaksanaan berkaitan sekatan akaun tersebut.




Mohd Na'im (kiri) menerima penghargaan selepas menjadi panel pembentang Kolokium Perundangan dan Kehakiman Syariah Tahun 2021 di Dewan Bankuet Jabatan Kehakiman Syariah Perak, di Ipoh, 23 Nov 2021. - Foto Sinar Harian




"emerkasaan kemahiran perlu ada dalam kalangan pegawai ini agar usaha menyekat akaun suami yang culas akan dilaksanakan secara adil dan saksama.


"Kita akan pastikan pegawai di BKS yang bertanggungjawab menguatkuasa dan melaksanakan perintah nafkah ini untuk mendapatkan latihan yang secukupnya," katanya kepada pemberita selepas menjadi panel pembentang Kolokium Perundangan dan Kehakiman Syariah Tahun 2021 di Dewan Bankuet Jabatan Kehakiman Syariah Perak di sini pada Selasa.


Perasmian kolokium tersebut disempurnakan Exco Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin mewakili Menteri Besar Perak.


Hadir sama pada majlis itu, Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Perak, Ab Rahman Thobroni Mohd Mansor dan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang.


Sementara itu, Mohd Na'im berkata, langkah sekatan akaun itu dilaksanakan bagi memastikan isteri, bekas isteri serta anak tidak dizalimi oleh suami atau bapa yang culas ini.


Menurutnya, pelaksanaan tindakan itu merupakan salah satu prosiding hiwalah iaitu pemindahan hutang daripada Penghutang Penghakiman di bawah Akta atau Enakmen Tatacara Mal sedia ada.


"Dalam konteks ini, kita bukan sahaja membantu isteri mendapatkan nafkah, malah membantu suami yang culas untuk melaksanakan tanggungjawabnya supaya ia tidak berterusan melakukan kezaliman dengan tidak membayar nafkah.


"Sebelum ini, kita banyak menggunakan tatacara yang lain contohnya sita jual ataupun kita ada satu tatacara disebut saman penghutang kehakiman dan kita juga ada cara untuk tahan pendapatan termasuklah perintah komital suami yang culas kerana jelas ingkar perintah mahkamah, ada setengah dihantar ke penjara.


"Ini adalah cara-cara bagaimana perintah mahkamah itu dikuatkuasakan termasuk yang akan dilaksana iaitu sekatan akaun," katanya.


Menurut Mohd Na'im, sejak tahun 2016 sebanyak 147 kes suami atau bekas suami culas membayar nafkah walaupun sudah mendapat perintah mahkamah.


Pada Isnin, JKSM dalam satu kenyataan memaklumkan suami atau bekas suami yang culas memberi nafkah kini berdepan tindakan sekatan akaun bank selepas pindaan terhadap Jadual 11 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 diluluskan dan digazetkan pada 10 Februari lalu.


Pindaan pada perenggan lima Jadual 11 itu memasukkan pematuhan dan penzahiran maklumat bawah hiwalah iaitu pemindahan hutang daripada Penghutang Penghakiman kepada pihak ketiga iaitu institusi kewangan kepada Pemiutang Penghakiman.


Selain itu, perenggan enam jadual sama berhubung penzahiran maklumat pemilik akaun di institusi kewangan melalui perintah mahkamah, tidak kurang daripada Mahkamah Sesyen turut diperluaskan kepada perintah dikeluarkan Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah.


Berikutan pindaan itu, perintah hiwalah dikeluarkan mana-mana peringkat Mahkamah Syariah boleh dilaksanakan institusi kewangan berdasarkan kepada peruntukan undang-undang berkuatkuasa. -CARI


Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2021 10:48 AM | Show all posts
acc bini yg tau mtk tmbh duit nafkah tp xbg bks suami jmpe ank pn ptut kena sekat
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2021 10:53 AM | Show all posts
aah.. cakap benda ni dah bertahun2.. buat nyer tak jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2021 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekat ban ini:

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Najib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
MahathirinaNajib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
Views : 1478 Replies : 10
EPSTEIN FILES PT.2: Founder Victoria Secret dalang pemerdagangan seksual
Tumpang-SibokEPSTEIN FILES PT.2: Founder Victoria Sec
Views : 1584 Replies : 1
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23710 Replies : 9
Najib 'sangkut' ke semua tuduhan kes 1MDB
maklukpenggodaNajib 'sangkut' ke semua tuduhan
Views : 67121 Replies : 48
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 26297 Replies : 22
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 57513 Replies : 1092
WUTHERING HEIGHTS
SY_MumiWUTHERING HEIGHTS
Views : 350 Replies : 3
THE BRIDE!
SY_MumiTHE BRIDE!
Views : 281 Replies : 2
Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 17 kondominium
ultra78Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 1
Views : 30822 Replies : 8
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 278547 Replies : 1527

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 02:31 AM GMT+8 , Processed in 0.111897 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list